Djanius Djamin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Djanius Djamin
Rektor Universitas Negeri Medan
Dalam jawatan
31 Disember 1998 – 16 April 2007
Didahului olehDarmono
Digantikan olehSyawal Gultom
Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Kota Medan
Dalam jawatan
1969–1971
GabenorMarah Halim Harahap
Didahului olehMuhamad Alwi Sutan Sinaro
Digantikan olehNas Sebayang
Kumpulan parlimenSetiausaha bendahari Golkar
(golongan wanita)
Butiran peribadi
Lahir(1942-12-22)22 Disember 1942
Batusangkar, Sumatera Barat
KerakyatanIndonesia
PasanganSyahbuddin Harahap
Anak-anakHaikal Rahman
Alma materUniversitas Sumatra Utara
Institut Pertanian Bogor
Universiti Sains Malaysia
PekerjaanPendidik, ahli politik, ahli undang-undang, aktivis

Prof. Dr. Hj. Djanius Djamin, S.H., M.S. (lahir di Batusangkar, Sumatera Barat, 22 Disember 1942; umur 81 tahun) ialah seorang ahli undang-undang dan pendidik Indonesia. Beliau pernah menjawat sebagai Rektor Universitas Negeri Medan (Unimed) penggal 2003–2007 dan penggal 1998–2003 (ketika masih dipanggil IKIP Medan).

Lahir di Batusangkar sebagai anak seorang pedagang, Djanius sering kali berpindah-pindah tempat kerana pekerjaan ayahnya. Setelah lulus dari Universitas Sumatera Utara pada tahun 1965, beliau mengajar sebagai pensyarah di Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikan Medan (IKIP Medan) dan beberapa maktab yang lain. Beliau dipilih sebagai ahli Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Kota Medan sebagai perwakilan golongan wanita pada tahun 1968 dan terpilih sebagai Ketua DPRD Kota Medan pada pertengahan 1969 hingga tahun 1971. Beliau dipilih semula buat kali kedua sebagai ahli DPRD Kota Medan dari Golongan Karya (Golkar) dan menjawat hingga tahun 1977. Sepanjang bekerja di dewan perundangan, beliau terlibat dalam penetapan hari jadi Kota Medan.

Setelah mengajar di IKIP Medan selama beberapa dekad, Djanius terpilih sebagai rektor IKIP pada tahun 1998. Beliau dipilih semula selepas tempoh menjawat pertamanya berakhir pada tahun 2003 dan menjawat hingga bulan April 2007. Sepanjang memimpin IKIP Medan, Djanius berhasil meningkatkan status IKIP Medan menjadi sebuah universiti dan mengubah namanya menjadi Universitas Negeri Medan (Unimed) pada tahun 2000. Selain itu, beliau juga mengusahakan pembentukan Fakulti Ekonomi dan memberikan kesempatan bagi kelulusan Paket C dan penyandang kurang upaya untuk mengikuti pemilihan penerimaan mahasiswa baru. Walau bagaimanapun, beberapa mahasiswa, pensyarah, dan ahli akademik yang tidak berpuas hati dengan kerjanya sebagai rektor sehinggakan mengadakan tunjuk perasaan pada pertengahan mass menjawat pertamanya.

Setelah bekerja di IKIP-Unimed, Djanius sempat dipilih oleh pemerintah menjadi Penjawat Sementara (Pjs.) Rektor Universitas Islam Sumatra Utara (UISU) yang ketika itu dalam keadaan kalut. Beliau berhasil memperbaiki keadaan UISU yang kacau-bilau dan menyatukan kembali komuniti akademik UISU yang telah berpecah akibat kekalutan yang terjadi. Namun, beberapa mahasiswa menolak kepemimpinannya di UISU kerana menganggap pemilihan Djanius melanggar peraturan yang berlaku.

Rujukan[sunting | sunting sumber]