Docker (perisian)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Docker ialah sebuah perisian komputer yang membolehkan pemayaan tahap sistem pengendalian, turut dikenali sebagai pengkontenaan. Ia dikeluarkan pada julung kalinya pada tahun 2013 dan dibangunkan oleh Docker, Inc.

Docker dipakai untuk menjalankan pakej-pakej perisian yang dipanggil "kontena". Kontena berlainan adalah terasing dengan kontena lain dan memberkas aplikasi,[1] peralatan, pustaka dan fail penataan masing-masing; namun masih boleh berkomunikasi antara satu sama lain menerusi saluran-saluran khusus. Semua kontena dijalankan oleh satu inti sistem pengendalian tunggal lantas lebih ringan berbanding mesin maya. Kontena dibuat daripada "imej" yang menyatakan apa yang patut dikandunginya. Imej selalunya dibuat dengan menggabungkan dan mengubahsuai imej-imej yang dimuat turun daripada gedung-gedung awam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]