Dodi Al-Fayed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dodi Fayed
عماد الدين محمد عبد المنعم الفايد
Kelahiran
Emad El-Din Mohamed Abdel Mena'em Fayed

(1955-04-15)15 April 1955
Alexandria, Egypt
Meninggal dunia31 Ogos 1997(1997-08-31) (umur 42)
Paris, Perancis
Sebab kematianKemalangan jalan raya
DikebumikanFayed Estate, Oxted, England
Pusat pendidikanCollège Saint Marc
Institut Le Rosey
Royal Military Academy Sandhurst
PekerjaanProduser filem
Terkenal keranaPasangan romantik bersama Diana, Puteri Wales
PasanganSuzanne Gregard (k. 1986; c. 1987)
Ibu bapaMohamed El-Fayed
Samira Khashoggi

Emad El-Din Mohamed Abdel Moneim Fayed, atau lebih dikenali sebagai Dodi Al-Fayed (15 April 1955 - 31 Ogos 1997) merupakan seorang produser filem dan anak kepada Mohamed al-Fayed, seorang hartawan serta pemilik kedai ternama Harrods dan Hôtel Ritz Paris. Beliau merupakan pasangan romantik bersama Puteri Diana. Mereka berdua terbunuh di dalam satu nahas kemalangan jalan raya di Paris, Perancis pada 31 Ogos 1997.

Kehidupan awal dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Iskandariah, Mesir. Anak sulung kepada Mohamed al-Fayed dan mempunyai hubungan saudara tiri dengan Omar, Camilla, Karim dan jasmine Fayed. Bapanya merupakan mantan pemilik syarikat Harrods, pemilik Hotel Ritz Paris dan mantan pemilik kelab bola sepak Fulham F.C.. Ibunya, Samira Khashoggi berasal dari Arab Saudi bekerja sebagai seorang penulis yang juga cucu kepada hartawan terkenal Turki, Adnan Khashoggi. Memulakan pendidikan awal di Collège Saint Marc dan Institute Le Rosey di Switzerland. Selepas tamat pengajian, beliau bekerja di Kedutaan UAE di London. Fayed juga merupakan sepupu rapat dengan wartawan terkenal, Jamal Khashoggi yang terbunuh di Turki pada tahun 2018. Pekerjaannya sering disebut ialah sebagai penerbit filem; beliau juga merupakan salah seorang penerbit di dalam filem seperti Chariots of Fire, Breaking Glass, F/X, F/X2, Hook dan The Scarlet Letter. Fayed juga merupakan eksekutif pemasaran di dalam syarikat Harrods sehingga ke hari kematiannya.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1986, beliau mendirikan rumahtangga dengan Suzanne Gregard dan bercerai selepas lapan bulan hidup bersama. Pada tahun 1997, beliau menjalinkan hubungan intim dengan Puteri Diana. Namun begitu pada tahun tersebut, beliau mengikat tali pertunangan dengan Kelly Fisher dan menghadiahkan sebuah rumah agam di Malibu, California, Amerika Syarikat.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Sebuah tugu yang dinamakan sebagai Innocent Victim didirikan oleh ayahnya sebagai tanda kenangan terhadap Dodi dan Diana

Pada 31 Ogos 1997, beliau telah meninggal dunia dalam satu nahas kemalanganbjalan raya di Paris, Perancis bersama dengan kekasihnya, Puteri Diana. Jasadnya disemadikan di Brookwood Cemetery near Woking, Surrey, sebuah kawasan estet milik keluarganya di Oxted, Surrey pada bulan Oktober 1997.

Legasi[sunting | sunting sumber]

Memorial antara Diana dan Dodi Fayed di Harrods.

Ayahnya merasmikan tugu peringatan kepada Dodi dan Diana di Harrods pada 12 April 1998, dan kemudian merasmikan tugu peringatan kedua yang lebih mewah pada tahun 2005.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]