Doggerland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peta jangkauan paling besar Doggerland pada awal zaman Holosen (s. 10,000 SM) yang menghubungkan Great Britain dan daratan benua Eropah

Doggerland ("Tanah Dogger") adalah kawasan daratan purba yang pernah menghubungkan Great Britain dengan daratan Eropah yang kini tenggelam di bawah selatan Laut Utara merangkumi tebing Dogger moden dari pantai timur Great Britain hingga ke Belanda, pantai barat Jerman dan semenanjung Jutland.[1] Ia dibanjiri oleh kenaikan aras laut sekitar 6500-6200 SM,

Tinjauan geologi mendapati bahawa ia merupakan habitat yang kaya dengan petempatan dan kegiatan manusia pada zaman Mesolitik,[2] namun kenaikan permukaan laut secara beransur-ansur mengurangkan ia menjadi pulau-pulau rendah sebelum penenggelaman akhirnya barangkali berikutan suatu tsunami disebabkan runtuhan Storegga.[3] Peninggalan petempatan ini mula ditemukan semula pada awal abad ke-20 secara tidak sengaja dari tangkapan kapal-kapal pukat tunda nelayan mendorong pencarian berterusan di kawasan itu yang turut menemukan rangka-rangka haiwan purba serta alat dan senjata prasejarah.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Doggerland Project", University of Exeter Department of Archaeology
  2. ^ Patterson, W, "Coastal Catastrophe" (paleoclimate research document), University of Saskatchewan Diarkibkan 9 April 2008 di Wayback Machine
  3. ^ Rincon, Paul (1 May 2014). "Prehistoric North Sea 'Atlantis' hit by 5m tsunami". BBC News.
  4. ^ White, Mark J. (November 24, 2006). "Things to do in Doggerland when you're dead: Surviving OIS3 at the northwesternmost fringe of Middle Palaeolithic Europe" (PDF). World Archaeology. 38 (4): 547–575. doi:10.1080/00438240600963031. S2CID 51729868.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]