Dogo Guatemala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dogo Guatemala
Nama lainBulterier Guatemala
Negara asalGuatemala
Trait
Berat Jantan 40–45 kg (88–99 lb)
Betina 35–40 kg (77–88 lb)
Tinggi Jantan 54–60 cm (21–24 in)
Betina 52–58 cm (20–23 in)
Bulu Bulu pendek, licin, keras dan berkilat
Warna Putih, lebih baik dengan tanda hitam pada kepala
Pengelasan dan piawaian
Tidak oleh mana-mana kelab kenel utama
CatatanDiiktiraf oleh Asociación Canofila Guatemalteca (Kelab Kenel Guatemala)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Dogo Guatemala (Sepanyol: dogo guatemalteco; bahasa Inggeris: Guatemalan dogo), dahulu dikenali sebagai bulterier Guatemala (Sepanyol: bullterrier guatemalteco; bahasa Inggeris: Guatemalan bull terrier), ialah satu baka anjing jenis molosser yang berasal dari Guatemala. Ia tidak diiktiraf sama ada oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) atau American Kennel Club (AKC). Walau bagaimanapun, ia memiliki perakuan kebangsaan rasmi Asociación Canofila Guatemalteca (ACANGUA), iaitu tergolong dalam Kumpulan 2.2.1 - Mastif.[1] Oleh sebab baka uni ini berasal dari Guatemala, ia juga merupakan anjing kebangsaan negara ini. Kini ia telah tersebar ke beberapa buah negara lain,[1] seperti Amerika Syarikat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b ACANGUA. (15 Ogos 1972). Dogo Guatemalteco. Asociación Canofila Guatemalteca (ACANGUA). Diselidik pada 2 Mei 2014.