Doktor Umum: Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Doktor Umum: Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad
Buku-Doktor Umum- Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad.jpg
PengarangTun Dr. Mahathir Mohamad
Tajuk asalA Doctor In The House: Memoirs Of Tun Dr. Mahathir Mohamad
PenterjemahDatuk Dr. Abdul Kadir Jasin
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
GenreBiografi
Memoir
Sejarah
Politik
PenerbitMPH Group Publishing
Tarikh penerbitan
30 April 2012 (2012-04-30)[1]
Jenis mediaKulit nipis
Halaman996 muka surat

Doktor Umum: Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan sebuah buku oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Tajuk asal bagi buku ini ialah “A Doctor In The House: Memoirs Of Tun Dr. Mahathir Mohamad”. Tun Dr. Mahathir telah mengambil masa selama lapan tahun untuk menyiapkan buku yang berbentuk memoir ini. Di samping itu, Datuk Dr. Abdul Kadir Jasin telah mengambil tugas sebagai penterjemah buku ini ke dalam bahasa Melayu. Buku ini juga setebal 996 halaman dan diterbitkan oleh MPH Group Publishing. Buku ini dikeluarkan pada 30 April 2012, iaitu selepas hampir setahun dua bulan versi pengeluaran di dalam bahasa Inggeris. Selain itu, buku ini menceritakan catatan yang cukup terperinci dan menyeluruh serta mengikuti sejarah hidup Tun Dr. Mahathir sehingga kejayaannya dalam membangunkan negara.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]