Doktrin Ulbricht

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Doktrin Ulbricht, yang dinamakan sempena pemimpin Jerman Timur, Walter Ulbricht, adalah pernyataan bahawa hubungan diplomatik yang normal antara Jerman Timur dan Jerman Barat mungkin berlaku hanya jika kedua-dua negera itu sepenuhnya mengiktiraf kedaulatan masing-masing. Itu bertentangan dengan Doktrin Hallstein, sebuah dasar Jerman Barat yang menegaskan bahawa Jerman Barat adalah satu-satunya negara Jerman yang sah.

Jerman Timur menerima pengiktirafannya dari sesama negara Komunis, seperti Czechoslovakia, Poland, Hungary, dan Bulgaria, yang semuanya sepakat untuk tidak menormalkan hubungan dengan Jerman Barat sehingga ia mengakui kedaulatan Jerman Timur.

Jerman Barat akhirnya meninggalkan doktrin Hallstein, sebaliknya mengamalkan dasar Ostpolitik. Pada bulan Disember 1972, satu Perjanjian Dasar antara Jerman Timur dan Barat ditandatangani yang mengesahkan semula dua negeri Jerman sebagai entiti yang berasingan. Perjanjian itu juga membenarkan pertukaran misi diplomatik dan kemasukan kedua-dua negara Jerman ke PBB sebagai ahli penuh.

Sumber[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]