Dol Said

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dato' Abdul Said bin Omar (Jawi: عبد السيد بن عمر‎), atau Dol Said (1773Ogos 1849)[1], ialah Penghulu Naning yang kesembilan.Mohd Shah bin Mohd Said al-Haj, Tambo Alam Naning, DBP, 2000, ms 184 Perang Naning yang berlaku pada tahun 1831 menjadikan beliau seorang pahlawan yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka. Daripada suku Semelenggang, Dol Said mewarisi Penghulu Anjak sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799 ketika hanya berumur 26 tahun. Pada tahun 1802, Kolonel Taylor telah melantik Dol Said sebagai Penghulu Naning dengan syarat beliau menggunakan cap mohor syarikat Inggeris.[2] Sehingga campur tangan Kolonel Farquhar pada 1807, penghulu Naning dibenarkan mentadbir Naning termasuklah dalam hukuman mati. Campur tangan kolonel Farquhar menyebabkan kuasa menghukum mati diserahkan kepada kerajaan negeri.[2]

Penentangan terhadap British (1831−1832)[sunting | sunting sumber]

Beliau telah menentang pentadbiran British pada tahun 1831−1832. Penentangan beliau adalah kerana:

Mempertahankan kemerdekaan Naning.
Mengikut Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Belanda menyerahkan Melaka kepada British dan British mendakwa Naning ialah sebahagian daripada Melaka. Oleh sebab itu, British mengarahkan Naning mematuhi semua peraturan yang ditetapkan di Melaka. Dol Said dan rakyat Naning enggan menerima dakwaan British tersebut.
Menentang bayaran cukai.
  • Melalui Undang-undang 1830, British memaksa Naning membayar satu persepuluh daripada hasil keluaran pertaniannya. Arahan dikeluarkan setelah British mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4500 dolar sebulan.
  • Penghulu Dol Said enggan membayar cukai kerana beliau menganggap Naning sebagai sebuah daerah yang berdaulat.
Menentang pelaksanaan undang-undang British.
  • British memperkenalkan Peraturan Penghulu yang menggugat pengaruh dan kuasa Dol Said. Peraturan ini melarang penghulu membicarakan kes jenayah.
  • Pada tahun 1828, British memberi amaran kepada Dol Said kerana menyelesaikan kes jenayah di Naning sendirian. Beliau juga diugut akan dilucutkan jawatan sekiranya tidak mematuhi arahan British.

Kisah perjuangan beliau berlangsung selama setahun sahaja. Walau bagaimanapun, terdapat dua peperangan yang berlaku dalam tempoh berkenaan, iaitu Perang 15 Julai 1831 dan Perang Mac 1832.

Perang 15 Julai 1831[sunting | sunting sumber]

  • British mengisytiharkan Dol Said sebagai penderhaka.
  • Kapten Wyllie dihantar mengetuai 150 orang sepoi untuk menyerang Naning.
  • Namun, Dol Said berjaya menewaskan British kerana:
    • menggunakan taktik perang gerila.
    • mendapat bantuan daripada Seri Meranti, Sungai Ujong, Johol dan Muar.
    • juga mendapat bantuan daripada Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau. Bantuan tentera diketuai oleh menantunya, Syed Sha'aban.

Perang Mac 1832[sunting | sunting sumber]

  • British berunding dengan Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau dan beliau bersetuju menghantar 600 orang hulubalang untuk membantu British.
  • Pasukan tentera British dipimpin oleh Kolonel Herbert berjaya menawan Taboh dan rumah-rumah penduduk Naning dibakar.
  • Dol Said menyerah diri kepada pihak British. Peristiwa inilah pengakhiran kebangkitan Dol Said.

Kehidupan selepas penentangan[sunting | sunting sumber]

Selepas Dol Said menyerahkan diri, kerajaan British telah memberinya pencen sebanyak 200 rupee sebulan. Beliau telah membeli sebidang tanah untuk mengusahakan tanaman padi di samping melibatkan diri dalam perubatan. Beliau telah berjaya menghasilkan wang yang mencukupi untuk memakai kasut, membeli sebuah kereta kuda dan menggunakan khidmat tukang emas.[1] Dol Said meninggal dunia pada awal Ogos 1849[3] dan disemadikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning bersebelahan Masjid Dato' Dol Said, Taboh Naning.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Braddell 1856, m/s. 217.
  2. ^ a b Braddell 1856, m/s. 199.
  3. ^ "Tak bertajuk". The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (dalam bahasa Inggeris). 10 Ogos 1849. Dicapai pada 9 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Mohd Shah bin Mohd Said al-Haj (2000). Tambo Alam Naning. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). ISBN 9836247211.
  • Tiong Mook Chai & Lee Aik Sing (2015). Spotlight Galaksi S Sejarah Tingkatan 1.2.3. Pan Asia Publications Sdn. Bhd. ISBN 9789670785516
  • Masariah binti Mispari, Johara binti Abdul Wahab & Ridzuan bin Hasan. Buku Teks Sejarah Tingkatan 2. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789836278319
  • Braddell, Thomas (1856). "Notes on Naning". Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia (dalam bahasa Inggeris) (New series 1).CS1 maint: ref=harv (link)
  • https://ms.wikipedia.org/wiki/Dol_Said

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.