Dolar Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dolar Amerika Syarikat
Wang kertas $1 hingga $100 Syiling AS
Wang kertas $1 hingga $100 Syiling AS
Kod ISO 4217 USD
Pengguna rasmi Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Pengguna tak rasmi
Kadar inflasi 2.7% (AS sahaja)
Sumber The World Factbook, anggaran 2007
Dipaut oleh
Subunit
1/10 Dime
1/100 Cent
1/1000 Mill
Simbol $ atau AS$
Cent ¢ atau c
Mill
Nama samaran Buck, green, dan greenback. Juga, Washingtons, Jeffersons, Lincolns, Benjamins, dan Hamiltons dipakai mengikut peringkat nilai,[1] juga peso di Puerto Rico.
Syiling
Kerap digunakan 1¢, 5¢, 10¢, 25¢
Jarang digunakan 50¢, $1
Kertas wang
Kerap digunakan $1, $5, $10, $20, $50, $100
Jarang digunakan $2
Pihak pengeluar Bank Rizab Persekutuan
Laman web www.federalreserve.gov
Pencetak Biro Ukiran dan Cetakan
Laman web www.moneyfactory.gov
Pengilang Kilang Syiling Amerika Syarikat
Laman web www.usmint.gov

Dolar (kod mata wang USD) ialah unit mata wang Amerika Syarikat. Dolar Amerika Syarikat juga diterima guna sebagai mata wang rasmi dan sah oleh kerajaan di beberapa buah negara lain. Dolar A.S. biasanya disingkatkan dalam bentuk simbol dolar, $, atau USD atau US$ agar membezakannya dari matawang dolar yang lain dan dari matawang lain yang memakai simbol $. Satu dolar dibahagi kepada 100 cents.

Di terima guna sejak 6 Julai 1785,[2] dolar A.S. merupakan matawang yang paling laris digunakan dalam urus niaga antarabangsa.[3] Sebilangan negara menggunakan dolar A.S. sebagai mata wang rasmi, sementara banyak buah negara lain membenarkan dolar A.S. membenarkan penggunaannya.[4] Pada tahun 1995, lebih AS $380 bilion berada dalam edaran, dua pertiga daripadanya berada di luar Amerika Syarikat. Pada tahun 2005, perangkaan itu sudah berganda menjadi hampir $760 bilion, dengan kira-kira setengah hingga dua pertiga berada di luar negara,[5] menandakan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak kira-kira 7.6%. Bagaimanapun, pada Disember 2006, dolar telah diatasi oleh euro dari segi jumlah nilai wang tunai dalam edaran.[6] Sejak itu nilai semasa wang tunai euro dalam edaran telah meningkat kepada lebih €695 bilion, bersamaan dengan AS$1,029 bilion pada kadar tukaran semasa.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Imej wang A.S.[sunting | sunting sumber]