Dolar Caribbean Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dolar Caribbean Timur
Eastern Caribbean dollar (bahasa Inggeris)
ISO 4217
KodXCD
Nombor951
Eksponen2
Jenis mata wang
Subunit
 ​1100Sen
SimbolEC$
Wang kertasEC$2, EC$5, EC$10, EC$20, EC$50, EC$100
 Jarang digunakanEC$30 (1981)
Syiling5, 10, 25 sen, EC$1
Demografi
Pengguna
Pengeluaran
Bank Pusat Caribbean Timur
 Tapak web
www.eccb-centralbank.org
Penilaian
Dolar Amerika Syarikat = XCD 2.70
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dolar Caribbean Timur (simbol: EC$; kod: XCD) ialah mata wang daripada kesemua tujuh ahli penuh dan seorang ahli bersekutu Pertubuhan Negara Caribbean Timur (OECS). Selaku pengganti kepada dolar Hindia Barat Britain, ia wujud sejak 1965, dan biasanya disingkatkan dengan tanda dolar $ atau, sebagai alternatif, EC$ untuk membezakannya daripada mata wang lain dalam denominasi dolar. EC$ dibahagikan kepada 100 sen. Ia telah ditambat kepada dolar Amerika Syarikat sejak 7 Julai 1976, pada kadar pertukaran US$1 = EC$2.70.[1]

Enam negara yang menggunakan EC$ ialah negara berdaulat: Antigua dan Barbuda, Dominica, Grenada, Saint Kitts dan Nevis, Saint Lucia, dan Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine. Dua lagi, Anguilla dan Montserrat, ialah Wilayah Luar Negeri British. Negeri-negeri ini semuanya merupakan ahli Kesatuan Mata Wang Caribbean Timur.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Eastern Caribbean Central Bank (6 July 2010). "ECCU commemorates 34th Anniversary of EC dollar pegged to the US dollar". Dicapai pada 4 May 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]