Dolla (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
DOLLA
Latar belakang
Berasal dariMalaysia
Genre
Tahun aktif2020 (2020)– sekarang
Syarikat rakaman
Universal Music Malaysia
Ahli
  • Angelina Chai (Angel)
  • Sabrina Rusli (Sabronzo)
  • Noorsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya)
  • Tabitha Ariel Lam (Tabby)

Dolla, adalah kumpulan muzik wanita Malaysia yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu Angel, Sabronzo, Syasya, dan Tabby. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2019, dan menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman Universal Music Malaysia pada tahun yang sama. DOLLA muncul dengan single pertama mereka, berjudul 'Dolla Make You Wanna' pada 19 Mac 2020. DOLLA mengabungkan elemen vokal dan tarian dalam persembahan mereka.


Dolla mula terkenal apabila berjaya ditemubual dalam pelbagai program TV seperti Nona TV3, Wahita Hari Ini (WHI), dan Gempak TV Astro. Bakat dan kemampuan suara yang stabil serta bertenaga mampu menjadikan kumpulan ini mendapat perhatian daripada rakyat Malaysia dalam tempoh yang singkat. Hanya beberapa bulan sahaja tarikh Debut, Dolla telahpun mempunyai ramai peminat. Ini dibuktikan apabila Dolla mempunyai Fan Club tersendiri, Fan Social Media yang banyak, serta nama Fandom iaitu iDolla.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Fail:Dolla.jpg
Dolla berharap dapat menonjolkan diri mereka sebagai kumpulan wanita generasi baru dan bakal menggegar industri muzik tanah air.

Kumpulan muzik wanita baharu, Dolla mula mendapat perhatian selepas persembahan mereka yang hebat dan bertenaga di Final #RapStarERA 2020, bertempat di The Bee Publika.[1] Beberapa hari kemudian, mereka melancarkan single pertama mereka, 'Dolla Make You Wanna', dihasilkan oleh komposer dan produser yang terkenal dari Australia, Bryan B, dan hasil gubahan Zamaera, Bryan B, Shou Raion dan Luca Sickta. 'Dolla Make You Wanna' mencapai 400,000 tontonan di YouTube dalam masa sebulan. DOLLA mula menjadi sebutan netizen kerana video muzik mereka yang dikatakan bertaraf antarabangsa, dan bakat tarian mereka yang menyerlah. Malah, ada juga yang membandingkan mereka dengan kumpulan K-Pop seperti Blackpink dan kumpulan antarabangsa Little Mix.

DOLLA juga merupakan salah satu daripada 17 artis yang bekerjasama dengan Universal Music Malaysia untuk menghasilkan lagu #jangankeluar, lagu hip hop yang dihasilkan oleh Yonnyboii, yang menjadi peringatan kepada masyarakat Malaysia supaya peka dengan penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia pada tahun 2020.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk Durasi Komposer Penulis Lirik
2020 "Dolla Make You Wanna" 2:59 Bryan B Zamaera, Bryan B, Shou Raion dan Luca Sickta

Ahli Kumpulan[sunting | sunting sumber]

Ahli Pengenalan ringkas
ANGEL
  • Nama asal: Angelina Chai
  • Tarikh lahir: 2 Januari 2001 (umur 19)
  • Tempat lahir: Kuching, Sarawak
  • Pendidikan: Diploma in Music (Major: Piano)
SABRONZO
  • Nama asal: Sabrina Rusli
  • Tarikh lahir: 7 March 1995 (umur 25)
  • Tempat lahir: Kuala Lumpur, Malaysia
  • Pendidikan: Bachelor of Marketing
SYASYA
  • Nama asal: Noorsyasya Afiqah Shahrizal
  • Tarikh lahir: 15 Januari 2001 (umur 19)
  • Tempat lahir: Kuala Lumpur, Malaysia
  • Pendidikan: Foundation in Medical Science
Fail:Tabby Dolla.jpg
Teletabby Dolla
TABBY
  • Nama asal: Tabitha Ariel Lam
  • Tarikh lahir: 18 March 2000 (umur 20)
  • Tempat lahir: Kuala Lumpur, Malaysia
  • Pendidikan: Bachelor of Psychology (Major: Marketing / Minor: Psychology) (kini)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]