Domenico Berardi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Domenico Berardi
Domenico Berardi, Palazzo Chigi, 2021.jpg
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1994-08-01) 1 Ogos 1994 (umur 27)
Tempat lahir Cariati, Itali
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)[1]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Sassuolo
Nombor 25
Kerjaya remaja
2008–2010 Cosenza
2010–2012 Sassuolo
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2012– Sassuolo 275 (97)
Pasukan kebangsaan
2012–2013 Itali B19 3 (1)
2014–2017 Itali B21 23 (4)
2018– Itali 12 (5)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 Mei 2021
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Jun 2021

Domenico Berardi (sebutan bahasa Itali: [doˈmeːniko beˈrardi];[2][3] lahir 1 Ogos 1994) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang breaksi di posisi penyerang untuk Sassuolo dan pasukan kebangsaan Itali.

Beliau memulakan kariernya di Sassuolo pada 2012 dan membantu pasukannya menjuarai Serie B lalu mendapat tempat ke Serie A pada musim sulungnya. Beliau kemudiannya dianugerahkan sebagai "Pemain Terbaik Kejohanan". Prestasi beliau yang prolifik di Serie A meletakkannya sebagai salah seorang pemain muda harapan Itali dan dapat merangkul Anugerah Bravo pada 2015. Beliau kini merupakan penjaring terbanyak Sassuolo sepanjang zaman.[4]

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Sassuolo[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Berardi telah menyertai akademi Cosenza ketika beliau berusia 13 tahun sebelum beliau berpindah ke Sassuolo semasa berumur 16 tahun.[5][6]

2012–13[sunting | sunting sumber]

Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Sassuolo dalam aksi Serie B pada 27 Ogos 2012 ketika berusia 18 tahun dalam aksi menewaskan Cesena 3-0.[7] Beliau menjaringkan gol sulung dalam kariernya pada lima hari kemudian ketika menundukkan Crotone 2-1 di laman sendiri.[8][9] Pada tahun 2013, beliau telah disenaraikan sebagai "Pemain Terbaik Serie B" dalam anugerah tahunan Gran Galà del calcio selepas beliau membantu Sassuolo menjuarai Serie B yang mencipta sejarah buat pertama kali pasukannya itu akan beraksi di Serie A. Beliau juga telah menjaringkan sebelas gol pada kempen musim itu.[10] Pada Jun 2013, beliau telah dilihat sebagai "bintang [Sassuolo] yang sama sekali tidak boleh dipertikaikan."[11]

2013–14[sunting | sunting sumber]

Pada 2 September 2013, Juventus telah mengesahkan melalui laman web rasmi kelab bahawa Berardi akan menyertai kelab itu melalui rundingan pemilikan bersama manakala Luca Marrone pula berpindah secara bertentangan dari Juventus ke Sassuolo melalui perpindahan yang melibatkan Marrone dan Berardi bernilai 4.5 juta euro.[12] Berardi kekal bersama Sassuolo melalui pinjaman selama satu musim penuh pada musim 2013-14.[13][14] Beliau melakukan penampilan sulungnya di Serie A ketika berusia 19 tahun dalam aksi yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 menentang Napoli pada 25 September 2013.[15] Beliau menghasilkan jaringan sulungnya di Serie A melalui sepakan penalti pada 6 Oktober 2013 dalam aksi menentang Parma.[16] Pada 20 Oktober, beliau menyudahkan tendangan penalti Sassuolo bagi membantu pasukannya menewaskan Bologna 2–1 untuk meraih kemenangan pertama di Serie A sebelum pasukannya melonjak naik daripada tangga tercorot liga.[17] Beliau menjaringkan hatrik termasuk menyempurnakan dua tendangan penalti dalam aksi kemenangan pertama Sassuolo di gelanggang lawan dalam saingan Serie A semasa menumbangkan Sampdoria 4-3 pada 3 November 2013.[18]

Pada 12 Januari 2014, Berardi telah menjaringkan keempat-empat gol Sassuolo untuk membantu pasukannya melakar kemenangan 4-3 ke atas Milan. Dengan itu, beliau menjadi pemain kedua paling muda untuk menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan Serie A selepas Silvio Piola melakukannya pada tahun 1931 yang baru berusia 18 tahun. Beliau juga menjadi pemain pertama yang menghasilkan empat gol dalam aksi liga menentang Milan.[19][20] Pada 6 Mei 2014, Berardi menyumbat jaringan hatrik pada separuh masa pertama ketika menewaskan Fiorentina 4-3 di gelanggang lawan.[21][22] Beliau menamatkan musim ini dengan menjaringkan 16 gol dalam 29 perlawanan yang menyaksikan pasukannya berjaya mengelak penyingkiran.

2014–15[sunting | sunting sumber]

Pada Julai 2014, Berardi telah disahkan terus kekal di Sassuolo untuk menghadapi musim baru [23] manakala rundingan pemilikan bersama turut diperbaharui sehingga 20 Jun 2014.[24]

Pada 17 Mei 2015, beliau telah menjaringkan hatrik pada aksi menewaskan Milan 3-2 di laman sendiri.[25] Beliau menamatkan kempen liga bagi musim 2014-15 dengan menjaringkan 15 gol dan membantu sepuluh jaringan sekali gus meletakkannya sebagai salah seorang pembantu jaringan terbanyak liga.[26] Beliau berjaya mencetak jaringannya yang ke-30 dalam aksi liga pada perlawanan ke-59. Pencapaian beliau itu telah diakui oleh UEFA mengatasi rekod Lionel Messi yang memerlukan 70 perlawanan untuk mencapai pencapaian tersebut. Pada usia 20 tahun, beliau juga menjadi pemain termuda yang berjaya menjaringkan 30 gol sejak tahun 1958.[27] Pada 25 Jun 2015, kenyataan rasmi telah diumumkan bahawa rundingan pemilikan bersama ke atas Berardi telah diselesaikan apabila Sassuolo mengeluarkan 10 juta euro.[28][29][30] Persetujuan itu dilaporkan bahawa sebahagian daripada rundingan perpindahan Simone Zaza ke Juventus. Namun, Juventus mengekalkan pilihan untuk membawa masuk semula Berardi ke Turin pada tahun 2016.[31]

2015–16[sunting | sunting sumber]

Berardi telah membuka tirai musim 2015-16 dengan menjadi "Pemain Terbaik Perlawanan" ketika membantu pasukannya untuk mengalahkan Napoli 2-1 di gelanggang sendiri dengan mencipta peluang bagi membantu jaringan Antonio Floro Flores.[32] Walau bagaimanapun, beliau mengalami kecederaan pada perlawanan itu yang memaksanya untuk berehat selama satu bulan setengah.[33] Beliau kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan pada 20 September 2015 dengan menjadi pemain gantian ketika menentang Roma yang berakhir dengan keputusan seri 2-2.[34] Beliau menjaringkan gol pertamanya pada musim ini dari dalam kotak penalti bagi membantu pasukannya melakar kemenangan 2-1 ke atas Lazio pada 18 Oktober 2015.[35] Sassuolo menamatkan aksi liga di tangga keenam sekali gus mendapat tiket ke kelayakan Liga Europa musim depan.[36]

2016–17[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Julai 2016, Berardi telah melakukan penampilan sulungnya di pentas Eropah pada perlawanan pertama pusingan ketiga kelayakan Liga Europa menentang Luzern. Beliau menjaringkan gol pertama Sassuolo dalam kejohanan itu dari dalam kotak penalti sebelum perlawanan itu berakhir dengan kedudukan terikat seri 1-1.[37] Dalam aksi timbal balik pada 4 Ogos, beliau telah menyumbat dua gol bagi membantu Sassuolo mengukuhkan kedudukan dengan kemenangan 3-0 sekali gus melayakkan diri ke pusingan play-off.[38] Dalam aksi pertama perlawanan play-off Liga Europa yang berlangsung pada 18 Ogos, Berardi berjaya menjaringkan gol dan membantu satu jaringan buat pasukannya melakar kemenangan 3-0 ke atas Red Star Belgrade.[39] Dalam aksi pembukaan Serie A pada tiga hari kemudian, beliau sekali lagi mencetak jaringan dari kawasan penalti untuk memberikan kelebihan kepada Sassuolo mengatasi Palermo 1-0.[40] Pada 25 Ogos, beliau berhasil menjaringkan gol (jaringan keenamnya dalam lima perlawanan) ketika menentang Red Star Belgrade pada perlawanan timbal balik play-off lalu membolehkan Sassuolo mendapat tempat dalam saingan peringkat kumpulan.[41] Pada 28 Ogos, beliau meneruskan rentak jaringannya dengan menyumbat gol pada aksi menewaskan Pescara 2-1 sekali gus menjadi pemain termuda Itali sejak musim 1994–95 yang berjaya menjaringkan 40 gol dalam Serie A di samping pemain kedua termuda di belakang Alexandre Pato yang pada masa itu berusia 22 tahun dan 27 hari. Berardi kemudiannya mengalami kecederaan dalam perlawanan itu[42][43] dan beliau dilaporkan telah mengalami kecederaan ligamen pada lutut sekali gus memaksanya supaya berehat sehingga hujung tahun.[44] Selepas diketepikan selama hampir empat bulan setengah, Berardi kembali beraksi sebagai pemain gantian dalam aksi menentang Torino pada 8 Januari 2017.[45]

2017–18[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Ogos 2017, Berardi telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Sassuolo.[46]

2018–19[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Ogos 2018, Berardi telah menjaringkan gol dari sepakan penalti semasa menewaskan Inter Milan 1-0 dalam aksi pembukaan Serie A pada musim 2018-19.[47]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Belia[sunting | sunting sumber]

Berardi merupakan komponen bagi pasukan bawah-19 Itali tetapi beliau tidak menjawab panggilan untuk menghadapi aksi kelayakan Kejohanan Eropah Bawah-19. Beliau tidak layak mewakili pasukan itu selama sembilan bulan kerana melanggar kod etika.[48][49]

Berardi menerima panggilan pertama untuk menyertai pasukan bawah-21 pada 28 Februari 2014 untuk menghadapi kelayakan Kejohanan Eropah menentang Ireland Utara pada 5 Mac.[50] Pada 2 Mac, beliau bertindak menyiku Cristian Molinaro dalam aksi liga bersama Sassuolo menentang Parma. Beliau seterusnya digugurkan daripada skuad Itali kerana melanggar kod-kod etika pasukan.[51] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 ketika di bawah kendalian pengurus Luigi Di Biagio pada 4 Jun 2014 dalam aksi menewaskan Montenegro 4–0.[52] Beliau menjaringkan gol pertamanya ketika melakukan penampilan ketiganya untuk azzurrini dengan menjaringkan gol kemenangan permainan menewaskan Serbia pada perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah Bawah-21 2015 yang membolehkan Itali untuk layak ke pusingan play-off dan akhirnya menempah tiket ke kejohanan akhir yang berlangsung di Republik Czech.[53]

Pada 1 Jun 2015, Berardi telah dipilih dalam skuad sementara Di Biagio yang terdiri daripada 27 orang pemain untuk menghadapi Kejohanan Eropah Bawah-21 2015.[54] Pada 7 Jun, beliau telah dimasukkan ke dalam senarai akhir 23 orang pemain yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan itu.[55] Berardi menjaringkan gol melalui sepakan penalti untuk Itali dalam aksi pembukaan kejohanan menentang Sweden pada 18 Jun namun perlawanan itu akhirnya tamat dengan kekalahan Itali 2-1.[56] Pada 24 Jun, beliau telah membantu jaringan Andrea Belotti pada aksi menewaskan England dalam aksi terakhir peringkat kumpulan yang tamat dengan kemenangan 3-1. Namun, pasukan Portugal dan Sweden yang berjaya mara ke peringkat seterusnya.[57]

Pada Jun 2017, beliau telah disenaraikan ke dalam skuad bawah-21 Itali yang akan bertanding ke Kejohanan Eropah Bawah-21 2015 oleh pengurus Di Biagio.[58] Dalam aksi kedua peringkat kumpulan pada 21 Jun, beliau telah menjaringkan gol tunggal pasukannya pada aksi yang berakhir dengan kekalahan 3-1 kepada Republik Czech.[59] Itali kemudiannya disingkirkan oleh Sepanyol pada peringkat separuh akhir pada 27 Jun berikutan kekalahan 3-1.[60]

Senior[sunting | sunting sumber]

Berardi telah dipanggil untuk menyertai skuad senior buat pertama kali oleh pengurus Antonio Conte pada Oktober 2015 untuk menghadapi perlawanan kelayakan UEFA Euro 2016 menentang Norway dan Azerbaijan pada 10 dan 13 Oktober. Beliau telah mengalami kecederaan otot semasa sesi memanaskan badan sebelum aksi menentang Empoli pada 4 Oktober. Hal ini menyebabkan khidmat Berardi terpaksa dilupakan oleh pasukan kebangsaan untuk menghadapi dua perlawanan yang akan datang.[61][62]

Pada Mei 2017, Berardi telah dipilih oleh ketua jurulatih Itali, Gian Piero Ventura untuk menghadapi perlawanan persahabatan tidak rasmi menentang San Marino pada 31 Mei.[63][64] Beliau telah beraksi dalam perlawanan itu dengan melakukan kemunculan sulungnya yang tidak rasmi sambil menjadi kapten pasukan mengetuai rakan-rakannya untuk membenam San Marino 8-0. Beliau juga mencipta peluang untuk membantu jaringan kedua Gianluca Lapadula.[65][66][67]

Berardi melakukan penampilan sulungnya untuk skuad senior ketika di bawah kendalian Roberto Mancini dengan beraksi sebagai kesebelasan utama Itali dalam perlawanan persahabatan menentang Perancis yang berakhir dengan kekalahan Itali 3-1 pada 1 Jun 2018.[68][69]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 28 Jun 2020
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Itali Sassuolo 2012–13 37 11 2 0 39 11
2013–14 29 16 1 0 30 16
2014–15 32 15 2 0 34 15
2015–16 29 7 2 0 31 7
2016–17 21 5 0 0 4[a] 5 25 10
2017–18 31 4 2 1 33 5
2018–19 35 8 2 2 37 10
2019–20 23 10 1 0 24 10
Jumlah kerjaya 237 76 12 3 4 5 253 84
  1. ^ Penampilan di Liga Europa UEFA.

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 20 November 2018
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2018 5 0
Jumlah 5 0

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sassuolo

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Statistiche Giocatori". Sassuolocalcio.it. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-04. Dicapai pada 2016-10-02.
  2. ^ See Domenico and Berardi in Dizionario d'ortografia e di pronunzia
  3. ^ Luciano Canepari. "Berardi". DiPI Online (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 8 August 2019.
  4. ^ "Ten claims to fame: Sassuolo". UEFA.com. 25 May 2016. Dicapai pada 7 September 2016.
  5. ^ Marco Giordano (14 May 2013). "La Meglio Gioventu' – Domenico Berardi" (dalam bahasa Italian). CalcioWeb. Dicapai pada 8 September 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ Paolo Camedda (3 August 2013). "Generazione di Fenomeni – Domenico Berardi, il 'Van Persie della Sila' che piace a Juventus, Napoli, Inter... e Manchester Utd" (dalam bahasa Italian). Goal.com (IT). Dicapai pada 8 September 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Cesena vs. Sassuolo 0 - 3". Soccerway. Dicapai pada 1 August 2015.
  8. ^ Biodata Domenico Berardi di Soccerway
  9. ^ "Sassuolo vs. Crotone 2 - 1". Soccerway. Dicapai pada 1 August 2015.
  10. ^ "Gran Gala del Calcio 2013 – Winners". Forza Italian Football. Dicapai pada 2016-10-02.
  11. ^ Scott Johnson (16 June 2013). "Sassuolo become smallest town to reach Serie A". When Saturday Comes. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 January 2014. Dicapai pada 2 September 2013.
  12. ^ "Juventus complete double transfer deal with Sassuolo". Juventus.com. 2 September 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-04-21. Dicapai pada 1 August 2015.
  13. ^ "Agreements with Sassuolo Calcio" (PDF). Juventus FC. 2 September 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 June 2015. Dicapai pada 21 May 2015.
  14. ^ "Juventus complete double transfer deal with Sassuolo". Juventus F.C. 2 September 2013. Dicapai pada 2 September 2013.
  15. ^ "Napoli vs. Sassuolo 1 - 1". Soccerway. Dicapai pada 1 August 2015.
  16. ^ "Parma - Sassuolo (3 - 1)". Eurosport. Dicapai pada 1 August 2015.
  17. ^ "Sassuolo 2–1 Bologna: Neroverdi Leapfrog Rossublu After Home Win". Forza Italian Football. 20 October 2013. Dicapai pada 30 May 2014.
  18. ^ "Berardi treble boosts Sassuolo". Sky Sports News. 3 November 2013. Dicapai pada 30 May 2014.
  19. ^ "Sassuolo 4–3 AC Milan: History-maker Berardi leaves Rossoneri red-faced". Goal.com. 12 January 2014. Dicapai pada 28 May 2014.
  20. ^ Bandini, Paolo (13 January 2014). "Domenico Berardi's awesome foursome sinks Milan ... and Massimiliano Allegri". theguardian.com. Dicapai pada 28 May 2014.
  21. ^ "Berardi hits treble in Sassuolo win". ESPN. 6 May 2014. Dicapai pada 6 May 2014.
  22. ^ Shaun Best (6 May 2014). "Fiorentina vs Sassuolo, final score 3–4: Berardi treble boosts Sassuolo's survival hopes". sbnation.com. Dicapai pada 6 May 2014.
  23. ^ Berardi to stay at Sassuolo
  24. ^ "Agreements with Sassuolo Calcio" (PDF). Juventus FC. 20 June 2014. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 30 October 2014. Dicapai pada 21 May 2015.
  25. ^ "Sassuolo beat Milan amid Domenico Berardi ghost goal controversy". ESPN FC. 17 May 2015. Dicapai pada 18 May 2015.
  26. ^ "Serie A 2014-15 Statistics: Assists". ESPN FC. Dicapai pada 1 June 2015.
  27. ^ name="Europe's next generation of stars: Berardi, Sanches, Dembele, Gabigol"
  28. ^ "Calciomercato: Domenico Berardi resta in neroverde" (dalam bahasa Italian). Sassuolocalcio.it. Dicapai pada 2016-10-02.CS1 maint: unrecognized language (link)
  29. ^ "Sassuolo sign Juventus forward outright". Forza Italian Football. Dicapai pada 2016-10-02.
  30. ^ "Sharing agreement termination of the player Domenico Berardi" (PDF). Juventus F.C. 25 June 2015. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 June 2015. Dicapai pada 25 June 2015.
  31. ^ "Il Sassuolo "lascia" Zaza e "fa suo" Berardi. La Juve può ricomprarlo nel 2016". Tuttosport (dalam bahasa Italian). 23 June 2015. Dicapai pada 7 July 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  32. ^ Mimmo Malfitano (23 August 2015). "Sassuolo-Napoli 2-1. Hamsik illude, poi segnano Floro Flores e Sansone" [Sassuolo-Napoli 2-1. Hamsik deceives, then Floro Flores and Sansone score] (dalam bahasa Italian). La Gazzetta dello Sport. Dicapai pada 24 August 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  33. ^ "Sassuolo, Berardi fuori per 45 giorni. Inter in ansia per Icardi" [Sassuolo, Berardi out for 45 days. Inter anxious for Icardi] (dalam bahasa Italian). La Gazzetta dello Sport. 24 August 2015. Dicapai pada 24 August 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  34. ^ Stefano Silvestri (20 September 2015). "Le pagelle di Roma-Sassuolo 2-2" (dalam bahasa Italian). Eurosport. Dicapai pada 21 September 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  35. ^ Stefano Cieri (18 October 2015). "Sassuolo-Lazio 2-1. Decidono Berardi e Missiroli, non basta Felipe Anderson" [Sassuolo-Lazio 2-1. Berardi and Missiroli decide the match, Felipe Anderson's goal not enough] (dalam bahasa Italian). La Gazzetta dello Sport. Dicapai pada 18 October 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  36. ^ "Sassuolo: 'Italian success story'". Football Italia. 22 May 2016. Dicapai pada 6 June 2016.
  37. ^ "Sassuolo, esordio positivo in Europa" (dalam bahasa Italian). UEFA.com. 28 July 2016. Dicapai pada 29 July 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  38. ^ Ivan Palumbo (4 August 2016). "Sassuolo-Lucerna 3-0, Berardi fa 2 gol, conquistato il playoff di Europa League" (dalam bahasa Italian). La Gazzetta dello Sport. Dicapai pada 4 August 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  39. ^ "Berardi: 'Great first leg'". Football Italia. 18 August 2016. Dicapai pada 18 August 2016.
  40. ^ "Palermo 0-1 Sassuolo". ESPN FC. 21 August 2016. Dicapai pada 22 August 2016.
  41. ^ Pietro Razzini (25 August 2016). "Europa League, Stella Rossa-Sassuolo 1-1, Berardi segna ancora" (dalam bahasa Italian). La Gazzetta dello Sport. Dicapai pada 26 August 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  42. ^ "Sassuolo: Berardi injury not serious". Football Italia. 29 August 2016. Dicapai pada 29 August 2016.
  43. ^ "Serie A: Sassuolo-Pescara 2-1, Berardi segna sempre" (dalam bahasa Italian). Mediaset. 28 August 2016. Dicapai pada 29 August 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  44. ^ "Berardi back in training". Football Italia. 2 January 2017. Dicapai pada 8 January 2017.
  45. ^ Andrea Elefante (8 January 2017). "Sassuolo-Torino 0-0. Berardi torna in campo dopo 4 mesi e mezzo" (dalam bahasa Italian). La Gazzetta dello Sport. Dicapai pada 8 January 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  46. ^ "Domenico Berardi rinnova fino a Giugno 2022" (Siaran akhbar) (dalam bahasa Italian). U.S. Sassuolo Calcio. 24 August 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-11. Dicapai pada 30 August 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  47. ^ "Sassuolo 1-0 Inter Milan". BBC Sport. 19 August 2018. Dicapai pada 26 August 2018.
  48. ^ "SASSUOLO: Berardi squalificato, disertò la convocazione con Under 19". Calcionewstime.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 February 2014. Dicapai pada 2016-10-02.
  49. ^ Redazione CalcioNews24 (2014-06-20). "Sassuolo, caso Berardi: si allontana la maglia azzurra" (dalam bahasa Italian). Calcio News 24. Dicapai pada 2016-10-02.CS1 maint: unrecognized language (link)
  50. ^ "Under 21: i convocati di Di Biagio" (dalam bahasa Italian). Ansa.it. 28 February 2014. Dicapai pada 26 August 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  51. ^ "La gomitata a Molinaro costa a Berardi la convocazione in Under21" (dalam bahasa Italian). La Gazzetta di Parma. 2 March 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-02. Dicapai pada 26 August 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  52. ^ "Under 21, amichevoli: l'Italia cala il poker al Montenegro". Dicapai pada 26 January 2015.
  53. ^ "Under 21 – Italia, rimonta-show con Belotti e Berardi". Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2015. Dicapai pada 26 January 2015.
  54. ^ "Verso l'Europeo: 27 Azzurrini convocati da Di Biagio per il raduno di Appiano Gentile" (dalam bahasa Italian). FIGC. 1 June 2015. Dicapai pada 15 June 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  55. ^ "Ufficializzata la lista dei 23 convocati per la Fase Finale del Campionato Europeo" (dalam bahasa Italian). FIGC. 7 June 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-10. Dicapai pada 15 June 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  56. ^ Kevin Ashby (18 June 2015). "Sweden surge leaves Italy defeated". UEFA. Dicapai pada 18 June 2015.
  57. ^ Luca Bianchin (24 June 2015). "Europeo Under 21, Inghilterra-Italia 1-3, ma il biscotto condanna gli Azzurrini" (dalam bahasa Italian). La Gazzetta dello Sport. Dicapai pada 4 July 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  58. ^ "U21: Italy squad for Euros named". Football Italia. 6 June 2017. Dicapai pada 16 June 2017.
  59. ^ "Czech Republic 3-1 Italy". UEFA.com. 21 June 2017. Dicapai pada 6 March 2019.
  60. ^ James Horncastle (28 June 2017). "Italy fall to familiar foe Spain at U21 Euros but there is hope for the future". ESPN FC. Dicapai pada 24 October 2017.
  61. ^ Ogo Sylla (5 October 2015). "Berardi suffers another injury setback". La Gazzetta dello Sport. Dicapai pada 5 October 2015.
  62. ^ "Uncapped Domenico Berardi pulls out of Italy squad with muscular injury". ESPN FC. 5 October 2015. Dicapai pada 5 October 2015.
  63. ^ "Convocati per l'amichevole contro San Marino, Ventura chiama Emerson" (dalam bahasa Italian). eurosport.com. 25 May 2017. Dicapai pada 27 August 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  64. ^ "Italia, i convocati per l'amichevole con San Marino" (dalam bahasa Italian). UEFA.com. 25 May 2017. Dicapai pada 27 August 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  65. ^ Matthew Santangelo (18 June 2017). "Italy waiting for Berardi". Football Italia. Dicapai pada 27 August 2018.
  66. ^ JACOPO MANFREDI (31 May 2017). "Italia-San Marino 8-0: tripletta di Lapadula, Ventura sorride" (dalam bahasa Italian). La Repubblica. Dicapai pada 27 August 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  67. ^ "Italia-San Marino 8-0: Lapadula-show, è tripletta" (dalam bahasa Italian). Il Corriere dello Sport. 31 May 2017. Dicapai pada 27 August 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  68. ^ "Caldara: 'Azzurri on right track'". Football Italia. 2 June 2018. Dicapai pada 2 June 2018.
  69. ^ "Italy: Experimental Azzurri test France". Football Italia. 1 June 2018. Dicapai pada 2 June 2018.
  70. ^ "Calcio, Gran Galà. Pirlo giocatore dell'anno: "Consiglio Totti a Prandelli"". www.gazzetta.it (dalam bahasa Italian). La Gazzetta dello Sport. 27 January 2014. Dicapai pada 25 January 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  71. ^ "Sassuolo, Berardi miglior giovane del 2013–14 per l'Associazione Allenatori". www.gazzetta.it (dalam bahasa Italian). La Gazzetta dello Sport. 23 May 2014. Dicapai pada 25 January 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  72. ^ "Berardi eletto miglior under 21 d'Europa" [Berardi elected best under-21 footballer in Europe] (dalam bahasa Italian). La Gazzetta di Modena. 14 December 2015. Dicapai pada 12 January 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  73. ^ "2014–15 Serie A top assists". ESPN FC. Dicapai pada 18 May 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]