Dominan (drama 1997)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dominan
PengarahKhir Mohd Nor
PenulisMohd Noor Kadir
Dihasilkan olehMohd Noor Kadir
DibintangiSidi Oraza
Azizah Mahzan
Rahim Jailani
Intan Azura
Ahmad Idham
Didie Alias
Arash Mohamad
SinematografiNajamul Haq
Disunting olehMat Bros
Diedarkan olehKuasatek Pictures
Tarikh tayangan
1997
Masa tayangan
124 minit
NegaraMalaysia
BahasaEnglish
Malay

Dominan adalah sebuah drama / filem untuk televisyen yang ditayangkan di TV3 pada tahun 1997. Ia diterbitkan oleh Kuasatek Pictures dan ditulis oleh penerbitnya sendiri iaitu Mohd Nor Kadir dan diarahkan oleh Khir Mohd Nor. Drama ini menggandingkan dua pelakon handalan iaitu Sidi Oraza dan Azizah Mahzan.

Ia mengisahkan kehidupan Tan Sri Lokman Hakim (Sidi) yang hidup sebagai tokoh korporat yang tidak mendedahkan identiti dirinya. Sementara itu, di dunia yang sederhana, Lokman merahsiakan identiti dirinya sejak mula berkahwin dengan Suraya (Aziah Mahzan). Sepanjang perkahwinan itu juga dia menghadapi masalah apabila dirinya dilihat tidak dominan berbanding isterinya. Isterinya pula gemar memperkecilkan dirinya. Suatu hari anaknya Lynn (Intan Azura) mula berminat untuk mencari siapa sebenarnya tokoh korporat Tan Sri Lokman. Lokman terus bersikap endah tak endah dan merahsiakannya daripada isteri dan anak-anaknya termasuk juga syakwasangka yang diberikan terhadapnya dan Liza. Anak-anak dan isterinya mengesyaki Lokman mempunyai hubungan sulit dengan Liza (Rina Khan).

Pelakon[sunting | sunting sumber]