Pergi ke kandungan

Dominic Lau Hoe Chai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dominic Lau Hoe Chai
Dominic Lau pada 2024
Ahli Dewan Negara Malaysia
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Menyandang jawatan
23 November 2021
Timbalan Pengerusi
Perikatan Nasional
Menyandang jawatan
10 Februari 2021
Pengerusi Perikatan Nasional Pulau Pinang
Menyandang jawatan
12 Jun 2022
Didahului olehShabudin Yahaya
Presiden
Parti Gerakan Rakyat Malaysia
Menyandang jawatan
17 November 2018
TimbalanOh Tong Keong
Didahului olehMah Siew Keong
Maklumat peribadi
Lahir (1967-09-18) 18 September 1967 (umur 58)
Pulau Pinang Pulau Pinang
Parti politik GERAKAN
Tempat belajarUniversiti Teknologi Malaysia
PekerjaanAhli politik

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai adalah Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia yang menggantikan Dato' Seri Mah Siew Keong pada tahun 2018 lalu selepas Pilihan raya umum Malaysia ke-14. Beliau telah dilantik sebagai ahli Dewan Negara oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah pada 23 November 2021.

Dominic adalah bekas pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur sebelum terlibat dalam politik.

Pilihan raya

[sunting | sunting sumber]

Dominic telah bertanding di Parlimen Batu, Kuala Lumpur pada Pilihan raya umum Malaysia 2013 dan Pilihan raya umum Malaysia 2018 di mana beliau telah tewas kepada Tian Chua pada PRU13 dan kepada calon Bebas, Prabakaran Parameswaran yang kemudian menyertai Parti Keadilan Rakyat pada PRU14 dan menyebabkan Parti GERAKAN ketiadaan calon yang menang pada PRU14 tersebut.[1]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Malaysia[2][3][4]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2013 P115 Batu Dominic Lau Hoe Chai (Gerakan) 28,388 39.77% Chua Tian Chang (PKR) 41,672 58.58% 71,382 13,284 84.48%
Hashim Karim (BERJASA) 949 1.33%
Nazariah Abbas (Bebas) 209 0.29%
Atan Jasin (Bebas) 164 0.23%
2018 Dominic Lau Hoe Chai (Gerakan) 13,687 21.79% Prabakaran Parameswaran (Bebas) 38,125 60.70% 63,805 24,438 83.32%
Azhar Yahya (PAS) 10,610 16.89%
Panjamorthy Muthusami (Bebas) 383 0.61%
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2023 N38 Bayan Lepas Dominic Lau Hoe Chai (Gerakan) 31,573 46.75% Azrul Mahathir Aziz (AMANAH) 15,462 53.25% 29,215 1,889 73.49%

Menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri

[sunting | sunting sumber]

Dominic telah menyatakan sokongan partinya terhadap YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia ke-8 yang telah berjaya menangani wabak COVID-19 dengan jayanya dengan perancangan yang tersusun dan berpusat bagi memudahkan urusan rakyat. Sokongan tersebut adalah demi rakyat untuk menjaga kestabilan politik dan pentadbiran negara.[5]

  1. ^ Tewas di tangan muka baharu
  2. ^ "Pilihan raya umum Malaysia". Data pilihan raya Malaysia infoundi. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan-keputusan PRU sejak 2004.
  3. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE – 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Jumlah peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  4. ^ "The Star Online Pilihan raya umum Malaysia ke-14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Jumlah peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  5. ^ Gerakan sokong Tan Sri Muhyiddin