Donald Peter Mojuntin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berbahagia Datuk

Donald Peter Mojuntin

PGDK (Sabah)
Naib Presiden
Pakatan Harapan
Memegang jawatan
26 Ogos 2021
Berkhidmat dengan
Chong Chieng Jen
Salahuddin Ayub
M. Kulasegaran
Christina Liew
Didahului olehMukhriz Mahathir
Timbalan Presiden
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu
Memegang jawatan
23 November 2019
Didahului olehWilfred Madius Tangau
Ahli Dewan Negara Malaysia
Lantikan Dewan Undangan Negeri Sabah
Dalam jawatan
10 Disember 2018 – 9 Disember 2021
Berkhidmat dengan
Abdul Ghani Mohamed Yassin
Bobbey Ah Fang Suan
Didahului olehLucas Umbul
Pembantu Menteri Kewangan Sabah
Dalam jawatan
2009 – 3 April 2013
Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah
Dalam jawatan
19 Mac 2008 – 2009
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah Moyog
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 3 April 2013
Ahli Dewan Rakyat Penampang
Dalam jawatan
17 Mei 2004 – 13 Februari 2008
Didahului olehPhilip Benedict Lasimbang
Digantikan olehBernard Giluk Dompok
Butiran peribadi
LahirDonald Peter Mojuntin
(1965-01-26) 26 Januari 1965 (umur 59)
Penampang, Sabah
Parti politik UPKO (2021-kini)
UPKO (-2018)
PasanganPornnipa Rattanaruangjit
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam

Datuk Donald Peter Mojuntin atau Donald Mojuntin merupakan ahli parlimen P174 Penampang, Sabah, Malaysia. Beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 atas tiket Barisan Nasional-UPKO. Pada 10 Disember 2018, beliau telah mengangkat sumpah dan menjadi wakil senator UPKO bagi Dewan Undangan Negeri Sabah.[1]

Biodata[sunting | sunting sumber]

Donald Peter Mojuntin dilahirkan di St. Joseph Maternitiy Home, Penampang pada 26 Januari 1965. Isterinya Pornnipa Rattanaruangjit yang dikahwininya pada 26 Jun 1989 ketika mereka berdua belajar di London. Isterinya berasal dari Chiang Mai, utara Thailand. Isterinya itu telah tinggal di Sabah lebih 14 tahun tetapi masih berstatus PR (kad pengenalan merah) sedangkan mereka telah berkahwin selama 16 tahun.

Beliau meminati sukan badminton, bolasepak dan golf.

Pendidikan dan Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau bersekolah di Sacred Heart Primary School, Kota Kinabalu (1971-1976) dan La Salle Secondary School, Kota Kinabalu (1977-1979). Seterusnya belajar peringkat A dan O level di Ratcliffe College, Syston, United Kingdom (1980-1984). Beliau seterusnya melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah di polytechnics of Central London, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian pada tahun 1984. Beliau juga pernah mendapat pengajian di The Council of Legal Education, United Kingdom (1987-1988). Beliau dianugerah Pelajar Cemerlang sebanyak dua kali. Pernah bertugas di firma guaman seperti di Messrs. Richard Malajum, Idang & Rantau (1991-1992), Mojuntin & Doudlim (1992-1993), dan Donald Mojuntin & Seibing Gunting (1994-1995).

Aktiviti sosial[sunting | sunting sumber]

Donald menjadi Pengerusi Pertubuhan Takziah Hugunosukod Penampang (2002) dan ahli seumur hidup Kadazandusun Cultural Association (KDCA) sejak tahun 1988.

Politik[sunting | sunting sumber]

Menjadi Setiausaha Politik kepada YB Menteri Pelancongan dan Pembangunan Alam Sekitar Sabah pada tahun 1995, Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Sabah (1998-1999), Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (2002-2003), Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah (2008 - 2009) [2] Dan Pembantu Menteri Kewangan Sabah (2009 - 2013) Donald menyertai United Pasokmomugun Kadazan Dusun Murut Organisation (UPKO) Penampang pada tahun 1994. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UPKO dan Pengerusi UPKO Bahagian Kepayan. Pernah menjadi Ketua Pemuda UPKO Penampang, Timbalan Pengerusi III UPKO Penampang.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 Donald telah bertanding di kerusi Penampang dan berjaya menewaskan percabarnya Bliase Mosidin @ Frederick Fracsis daripada Parti Keadilan Rakyat dan Jomilon Mojuntin @ Conrad Mojuntin daripada DAP serta seorang calon BEBAS, Joseph Suleiman dengan majoriti 3189 undi. Beliau mendapat 16,032 undi pada pilihanraya itu. Selain bertugas sebagai ahli Parlimen Penampang, beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas untuk mengkaji Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004 dan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2004.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Donald Mojuntin dilantik anggota Dewan Negara
  2. ^ "Kebinet negeri Sabah 2008". Pru2013.blogspot.com.