Doraemon (watak)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Doraemon
Watak Doraemon
JR ED79 Kaikyo at Aomori Station.jpg
Gambar Doraemon ditunjukkan di bahagian depan dan sisi kereta api JR ED79 Kaikyo di Stesen Aomori
Kemunculan pertama

Disember 1969
Dicipta oleh

Fujiko Fujio
Disuarakan oleh

Jepun:
Kōsei Tomita (1973)
Masako Nozawa (1973, 1976)
Nobuyo Ōyama (1979–2005)[1]
Kazue Takahashi (1980, kuning)
Chisa Yokoyama (1995, kuning)
Wasabi Mizuta (2005–kini)[2]
Inggeris:
Mona Marshall
Melayu:
Ruhaiyah Ibrahim
Profil
SaudaraSewashi (tuan milik)
Nobita Nobi (kawan)
Dorami (adik perempuan)
Mii-chan (teman wanita)

Doraemon (bahasa Jepun: ドラえもん) merupakan watak cereka dalam siri manga Jepun Doraemon dihasilkan oleh Fujiko Fujio, nama pena kepada Hiroshi Fujimoto dan Motoo Abiko. Doraemon merupakan robot kucing jantan dari abad ke-22. Tarikh lahir (tarikh penghasilan) rasminya pada 3 September 2112 di Kilang Robot Matsushiba, Kawasaki, Kanagawa yang juga tempat penghasilan manga Doraemon. Kementerian Luar Jepun mengiktiraf Doraemon sebagai "duta anime" di negara tersebut.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Doraemon asalnya bertelinga tetapi kedua-dua telinganya dimakan oleh tikus robot sewaktu di abad ke-22. Akibatnya, Doraemon menghadapi ketakutan yang mendalam terhadap tikus, meskipun berupa kucing robot. Makanan kegemaran Doraemon ialah dorayaki, sejenis kuih Jepun berbentuk bulatan leper. Ramai yang menganggap dorayaki sebagai asal-usul nama Doraemon. Bagaimanapun, adalah diketahui daripada satu jilid manga bahawa namanya berasal daripada perkataan Jepun bagi "kucing liar", dora neko, dan bahagian emon yang merupakan sebahagian nama Jepun zaman silam, seperti yang dilihat pada nama Horiemon. Wajah Doraemon berbentuk kebulatan di seluruh badannya, termasuk kepala, dengan tangan dan kaki berwarna putih, ekor merah. Berat badannya 129.3kg dan berketinggian 129.3cm. Doraemon mempunyai kocek 4-dimensi, semacam tempat menyimpan barang yang tiada had ruang yang selalu Doraemon gunakan untuk mengeluarkan pelbagai peralatan masa depan membantu Nobita.

Peralatan[sunting | sunting sumber]

Pada badan Doraemon terdapat kocek empat dimensi yang digunakannya untuk mengeluarkan pelbagai alatan canggih (道具, dōgu) yang boleh membantu Nobita dan kawan-kawannya. Berikut merupakan alatan-alatan kepunyaan Doraemon yang paling asas dan seringkali digunakan:

  • Buluh Terbang (タケコプター takekoputā) - Dipasang di atas kepala untuk terbang di langit.
  • Pintu Ke Mana-Mana Sahaja (どこでもドア dokodemo door) - Membolehkan sesiapa pergi ke mana-mana sahaja yang dikehendaki dengan cuma melalui pintu ini.
  • Mesin Masa (タイムマシン time machine) - Membolehkan rentasan masa dari zaman ke zaman. Mesin ini diletak dalam laci meja Nobita.
  • Lampu Pengecil (スモールライト Small light) - Mampu mengecilkan saiz objek atau orang yang dipancarkan cahaya kepadanya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]