Dosa Seorang Suami

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dosa Seorang Suami
GenreDrama, keluarga
Ditulis olehWan Mahani Wan Hassan
PengarahKhairul Amri "Keoi" Khalid
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Mohd Fariz Che Aziz
  • Zakaria Awang
PenerbitA. Aida
Penyunting
  • Zulfakri Abd Wahid
  • Amisyahril Edwan Amran
  • Daniel Lee
  • Khairul Azli Basah
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
A. Aida Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal21 Julai 2014 – 8 September 2014

Dosa Seorang Suami ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2014 arahan Khairul Amri "Keoi" Khalid dibintangi oleh Rusdi Ramli dan Amyza Adnan. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Azalea TV3 dari 21 Julai 2014 hingga 8 September 2014 menggantikan Menantu Sepuluh Ribu.[1]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Rafiq seorang usahawan yang berjaya telah ditakdirkan lumpuh sebelah badan akibat penyakit strok. Segala kekayaan dan kejayaan yang dikecapinya musnah. Rafiq hidup bertemankan kerusi roda. Setelah disahkan menghidap penyakit strok, Rafiq sering dijauhi oleh ahli keluarganya termasuk anak-anak dan isterinya. Anak-anak Rafiq antaranya Arisa (Keena), Arisz (Dazrin Kamarudin) dan Ramli (Afzan) juga tidak mempedulikannya. Malah mereka sering mencipta alasan untuk tidak berada di sisi ayahnya.

Mujur ada pembantu selaku pekerja Rafiq iaitu Khamis (Cat Farish). Khamis sentiasa mengambil berat akan perihal tuannya. Khamis membantu Rafiq membersihkan diri, memandikannya, menukar pakaian, menghidang makanan minuman. Sesekala Khamis memberi sedikit tazkirah pada Rafiq dengan harapan agar tuannya terbuka hati untuk berubah. Rafiq orangnya keras hati, mudah marah. Sesekala ajakan baik oleh Khamis sering disalah tafsir oleh dirinya. Namun, Khamis cekal untuk membantu tuannya.

Rafiq sering terimbau kenangan silam. Kenangan ketika dia pernah mengecap kejayaan. Memiliki keluarga yang bahagia. Dek kesilapannya dalam mendidik anak dan isteri, akhirnya perbuatannya memakan dirinya. Isterinya tidak menghormatinya. Anak-anaknya menjauhkan diri. Segalanya bermula selepas dia jatuh sakit. Adakah akan terbuka hati Rafiq untuk berubah? Bagaimana hubungan Rafiq dengan anak-anak dan isterinya nanti? Adakah mereka akan bersatu semula? Apa hubungan Maya (Watie Sadali) dengan rumah agam yang tersergam indah itu? Adakah Maya juga mengenali Rafiq?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

  • "Pendam" - Shahir
  • "Muah" - Suzanne
  • "Aku Ditipu Lagi" - Data
  • "Bertakhta di Hati" - Farahdhiya
  • "Kau Telah Pergi" - Farahdhiya
  • "Seperti Yang Lain" - Min Yasmin
  • "Hilangkanlah" - Min Yasmin
  • "Cinta Sesungguhnya" - Sabhi Saddi
  • "Bukan Membencimu" - Farahdhiya

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Dosa Seorang Suami di TV3". Selebriti Online. 19 Ogos 2014. Dicapai pada 2 Mei 2015.
  2. ^ Dosa Seorang Suami (2014): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 18 Julai 2019.