Fyodor Dostoyevsky

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Dostoyevsky, Fyodor)
Fyodor Dostoyevsky
1879
1879
LahirFyodor Mikhaylovich Dostoyevsky
(1821-11-11)11 November 1821
Moscow, Empayar Rusia
Died9 Februari 1881(1881-02-09) (umur 59)
Saint Petersburg, Empayar Rusia
PekerjaanPenulis novel, penulis cerita pendek, penulis esei
BahasaBahasa Rusia
WarganegaraRusia
Tempoh1846–1881
Karya terkenalZapíski iz podpólʹya
Prestupléniye i nakazániye
Idiót
Brat'ya Karamazovy
PasanganMariya Dmitriyevna Isayeva (1857–64) [meninggal] Anna Grigoryevna Snitkina (1867–1881)
AnakSofiya (1868), Lyubov (1869—1926), Fyodor (1871–1922), Alexei (1875—1878)
Tandatangan

Fyodor Mikhailovich Dostoevsky (Bahasa Rusia: Фёдор Михайлович Достоевский,IPA: [ˈfʲodər mʲɪˈxajləvʲɪtɕ dəstɐˈjefskʲɪj]  ( dengar); 11 November 1821 – 9 Februari 1881[1]) merupakan seorang penulis novel, cerpen dan esei dari Rusia. [2] Beliau dikenali dengan novelnya Prestupléniye i nakazániye ("Balasan Dosa"), Idiót ("Si Tolol") dan Brat'ya Karamazovy.

Awal kehidupan[sunting | sunting sumber]

Fyodor adalah anak kedua dari tujuh adik beradik kelahirkan dari Mikhail dan Maria Dostoyevsky. Tak lama setelah ibunya meninggal karena tuberkulosis pada 1837, beliau dan saudaranya Mikhail dikirim ke Akademi Teknik Militer di St. Petersburg. Ayah mereka merupakan seorang pakar bedah tentera yang bersara untuksebuah hospital orang-orang miskin di Moskwa. Mikhail meinggal pada 1839 namun sebbanya tidak dapat dipastikan - ada yang mendakwa Mikhail kononnya dibunuh oleh petani-petaninya sendiri yang marah akan perangainya yang kemabukan, ada yang menyatakan dia meninggal kerana sakit tua namun cerita pergaduhan tersebut dibuat-buat tuan tanahnya agar dapat membeli hartanya dengan harga murah.

Dostoyevsky dikirim ke Akademi Kejuruteraan Tentera St. Petersburg, namun beliau tidak dapat maju dalam sekolah tersebut memandangakan beliau tidak begitu mahir dalam bidang matematik yang sangta dibencinya. Sebaliknya, beliau lebih memusatkan perhatian pada bidang kesusasteraan. Tokoh pujaannya adalah Honore de Balzac dan pada 1843 beliau bahkan menerjemahkan salah satu karya terbesar Balzac, Eugenie Grandet ke dalam bahasa Rusia. Sekitar waktu ini Dostoyevsky mula menulis karya rekaannya sendiri. Karyanya yang pertama, sebuah novel pendek dalam bentuk surat bertajuk Bednye lyudi terbit tahun 1846mendapatkan sambutan hangat, khususnya oleh kritikus liberal, Vissarion Belinsky, dengan pujiannya yang termasyhur, "Seorang Gogol yang baru telah muncul!"

Dalam buangan[sunting | sunting sumber]

Dostoyevsky ditangkap dan ditahan pada 23 April 1849 kerena terlibat dalam kegiatan revolusioner melawan Tsar Nikolai I. Pada 16 November tahun itu beliau dijatuhi hukuman mati karena kegiatan anti pemerintahan yang terkait dengan sebuah kelompok intelektual liberal, Lingkaran Petrashevsky. Setelah sebuah pura-pura dihukum mati—matanya ditutup dan beliau diperintahkan berdiri di luar di udara dingin sambil menunggu untuk ditembak mati oleh sebuah pasukan penembak, hukuman Dostoyevsky diubah agar beliau menjalani pembuangan selama beberapa tahun di sebuah kem tahanan di Omsk, Siberia sebagai seorang buruh paksa. Beliau dibebaskan dari penjara pada 1854, dan diwajibkan berkhidmat di Rejimen Siberia. Dostoyevsky menghabisi lima tahun berikutnya sebagai seorang korporal (bawahan leftenan) di dalam Barisan Batalion Rejimen ke-7 yang ditempatkan di benteng Semipalatinsk di Kazakhstan.

Ini adalah titik balik dalam kehidupan pengarang ini. Dostoyevsky meninggalkan gagasan-gagasan idealnya semula dan menjadi seorang kuat beragama Kristian serta menentang keras fahaman nihilisme dan sosialisme ateis sezamannya. Beliau di samping itu juga menjalin persahabatan yang aneh dengan pengarang konservatif, Konstantin Pobedonostsev serta berkahwin dengan dengan Maria Dmitrievna Isaeva, janda seorang kenalannya di Siberia.

Pada 1860, beliau kembali ke St. Petersburg, dan di sana beliau menulis sejumlah jurnal sastera yang gagal dengan kakaknya, Mikhail. Dostoyevsky sangat terpukul oleh kematian isterinya pada 1864, diikuti tak lama kemudian oleh kematian saudaranya. Hutang yang diperolehi hasil urusan perniagaannya sertapenanggungan janda kakaknya serta anak-anaknya turut memburukkan keadaan. Fyodor tenggelam dalam suatu depresi yang mendalam, seringkali mengunjungi tempat judi dan terus-menerus kalah, dan beliau menderita agibat ketaighannya terhadap kegiatan judinya yang parah dan melampau. Malah beberapa karyanya dilihat seperti ditulis atas tujuan meringankan bebannya daripada kesengsaraannya - penamatan Prestupléniye i nakazániye terlihat dibuat dengan sangat tergesa-gesa karena Dostoyevsky sangat memerlukan wang muka dari penerbitnya. Beliau langsung tidak punya wang sesenpun setelah kesemua wang tersebut dihabiskan untuk kegiatan berjudinya. Dostoyevsky menulis Si Penjudi dalam keadaannya yang mengemis untuk memenuhi suatu perjanjian dengan penerbitnya Stellovsky yang mengugut menuntut semua hak cipta ke atas semua tulisan Dostoyevsky.

Terdorong oleh keinginan untuk melepaskan diri dari para pemiutangnya di dalam negeri dan mengunjungi kasino-kasino di luar negeri, Dostoyevsky melakukan kunjungan ke Eropah Barat. Di sana, beliau berusaha menjalin kembali hubungan cintanya yang lama dengan Apollinaria (Polina) Suslova, seorang mahasiswi muda yang pernah dikenali beberapa tahun sebelumnya namun Suslova menolak lamarannya. Fyodor patah hati, namun rasa hiba tersebut tak lama kemudian beliau bertemu dengan Anna Grigorevna, seorang penulis steno berusia 20 tahun, yang dinikahinya pada 1867. Masa ini merupakan masa penulisan buku-bukunya yang terbesar. Dari 1873 hingga 1881, beliau membalas kegagalan-kegagalan jurnalistiknya sebelumnya dengan menerbitkan sebuah jurnal bulanan yang penuh dengan cerita pendek, sketsa, dan artikel tentang peristiwa hangat — Dnevnik pisatelya ("Buku Harian Penulis"); makalah tersebut menjadi sangat laris. Dostoyevsky juga diketahui telah mempengaruhi serta dipengaruhi oleh filsuf Rusia terkenal, Vladimir Sergeyevich Solovyov, malah ada yang menyatakan bahawa Solovyov merupakan prototaip dari tokoh Alyosha Karamazov.

Senja usia[sunting | sunting sumber]

Pada 1877 Dostoyevsky menyampaikan eulogi utama pada pemakaman sahabatnya, penyair Nekrasov, sehingga menimbulkan banyak kontroversi. Pada 1880, beliau memberikan pidato Pushkinnya yang terkenal pada upacara perasmian monumen tokoh tersebut di Moskwa.

Dalam tahun-tahun terakhirnya, Fyodor Dostoyevsky tinggal lama di rumah penginapan Staraya Russa yang lebih dekat ke St Petersburg dan lebih murah daripada rumah-rumah penginapan yang ada di Jerman. Beliau meninggal pada 28 Januari (O.S.), 1881 disebabkan pendarahan paru-paru hasil serangan epilepsi. Mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Tikhvin di Biara Alexander Nevsky, St. Petersburg di mana sebanyak empat puluh ribu orang dilaporkan meratapi dan menghadiri penguburannya.

Karya terpilih[sunting | sunting sumber]

Novel dan novela[sunting | sunting sumber]

Cerita pendek[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]