Douglas Fairbanks

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi anak lelakinya, lihat Douglas Fairbanks Jr..
Douglas Fairbanks
Douglas Fairbanks cropped.jpg
Fairbanks, lewat 1910an
KelahiranDouglas Elton Thomas Ullman
(1883-05-23)23 Mei 1883
Denver, Colorado, A.S.
Meninggal dunia12 Disember 1939(1939-12-12) (umur 56)
Santa Monica, California, A.S.
DikebumikanHollywood Forever Cemetery
WarganegaraAmerika
PendidikanDenver East High School
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pengarah
  • penerbit
  • penulis skrip
  • ahli pengasas United Artists
  • ahli pengasas Motion Picture Academy
Tahun aktif1899–1934
Pasangan
  • Anna Beth Sully (k. 1907; c. 1919)
  • Mary Pickford (k. 1920; c. 1936)
  • Sylvia Ashley
    (k. 1936)
AnakDouglas Fairbanks Jr.

Douglas Elton Thomas Ullman (23 Mei 1883-12 Disember 1939), lebih dikenali sebagai Douglas Fairbanks, ialah seorang pelakon, penulis skrip, pengarah dan penerbit Amerika Syarikat.[1] Beliau terkenal dengan peranan ranggi dalam filem senyap termasuk The Thief of Bagdad, Robin Hood, dan The Mark of Zorro tetapi menghaboskan sebahagian dari kerjayanya melakukan komedi.

Fairbanks ialah ahli pengasas United Artists. Beliau juga merupakan ahli pengasas The Motion Picture Academy dan menganjurkan Anugerah Akademi Pertama pada tahun 1929. Dengan perkahwinannya dengan pelakon dan penerbit filem Mary Pickford pada tahun 1920, pasangan itu menjadi royalti Hollywood dan Fairbanks dirujuk sebagai "The King of Hollywood",[2] nama panggilan kemudiannya diserahkan kepada pelakon Clark Gable.

Walaupun dianggap sebagai salah satu bintang terbesar di Hollywood pada tahun 1910-an dan 1920-an, kerjaya Fairbanks dengan pantas merosot dengan kedatangan "talkie". Filem terakhirnya ialah The Private Life of Don Juan (1934).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Obituary Variety, December 13, 1939, p. 54.
  2. ^ "Douglas Fairbanks Sr. Biography". The Douglas Fairbanks Museum. Diarkibkan daripada asal pada May 15, 2008. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]