Dr. Jart+

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dr. Jart+
Jenis/bentuk sahPerniagaan, gedung dalam talian Sunting ini di Wikidata
Ditubuhkan2004
PengasasLee Jin-wook
Ibu pejabatSeoul, Korea Selatan
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
KeluaranPenjagaan kulit
Hasil
  • AS$500 juta (2019)
Syarikat indukHave & Be
Estée Lauder Companies
Tapak webdrjart.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dr. Jart+ (Hangul: 닥터자르트; dibaca Doktor Jart) ialah jenama penjagaan kulit Korea Selatan. Ia dicipta pada 2004 oleh usahawan Lee Jin-wook, dengan rundingan daripada ahli dermatologi Dr. Jung Sung-jae.[1] Nama mereka adalah singkatan dari "Doctor Joins Art", yang mencerminkan falsafah kedudukan mereka sebagai "gabungan sains dan seni dermatologi".[2] Produk mereka disifatkan menggabungkan rumusan kaya bahan aktif dengan pembungkusan moden.[3]

Produk terlaris Dr. Jart+ termasuk pelembap dari rangkaian Ceramidin dan Cicapair, topeng muka "getah" dan krim BB.[3][4][5] Jenama ini dikenali sebagai yang pertama untuk memperkenalkan krim BB kepada pasaran Amerika pada 2011.[6][7] Syarikat induk Dr. Jart, Have & Be, telah dibeli oleh Estée Lauder pada 2019.[8]

Produk[sunting | sunting sumber]

Sebuah pakej hadiah Dr. Jart+, serta sejumlah sampel dari produk Cicapair dan Krim BB

Dr. Jart+ memiliki sembilan jenama, yang masing-masing fokus pada bahan atau masalah kulit tertentu, iaitu:

  • Cicapair — menggunakan rumput harimau (centella asiatica) untuk "[mengurangkan] kemerahan dan [meredakan] kerengsaan pada kulit"
  • Ceramidin — 5-Cera Complex (seramid) untuk "memulihkan dan memperbaiki penghalang kulit"
  • Water Fuse — AquaMineral Complex (mineral) untuk memberi hidrasi pada kulit
  • Krim BB
  • Dermaclear — Hydrogen Bio Water (penyelesaian miselar) untuk membersihkan dan mengelupas kulit
  • Water Drop — asid hialuronat; mengandungi sebuah "sistem emulsi unik" yang "bercampur ke dalam titisan air kecil"
  • Peptidin — 8-Peptide Complex (peptid)
  • Focuspot — tampalan yang terdiri dari "butiran kecil" untuk mencapai keadaan tertentu
  • V7 — V7 Multi-Vitamin Complex (vitamin B3, C, F, K3, B5, E, dan H)

Hal ehwal korporat[sunting | sunting sumber]

Identiti[sunting | sunting sumber]

Dr. Jart+ tidak menggunakan selebriti untuk mempromosikan produknya, namun hanya menggunakan animasi. Penjenamaan dan kemasan Dr. Jart+ diperbaharui oleh Pentagram pada tahun 2018, bermula dengan pelancaran produk Ceramidin di seluruh dunia.[9][2][10]

Dr. Jart+ dianggap sebagai salah satu jenama terkemuka yang mempopularkan kecantikan ala Korea. Dalam sebuah rencana untuk Racked, Ju Rhyu, seorang perunding perniagaan-ke-perniagaan, percaya bahawa Dr. Jart+ ingin "mengecilkan" sudut tersebut, seperti pesaingnya Amorepacific dan Belif. Syarikat-syarikat tersebut berkomunikasi dengan sebuah "identiti jenama yang sangat jelas, namun pesanan kecantikan ala Koreanya tidak terlalu ditonjolkan," untuk membuatkan pelanggan lebih setia. Dalam sebuah emel dari wakil presiden pemasaran Dr. Jart+, Susan Tsui, mereka menyatakan bahawa mereka "bangga dengan sejarahnya dari Korea", dan "Dr. Jart+ dipacu oleh komitmen kami untuk melestarikan apa yang telah kami buat pada bidang seni dan rawatan kulit."[11]

Iklan[sunting | sunting sumber]

Dr. Jart+ telah menjadi penaja rawatan kulit eksklusif untuk jenama pereka Opening Ceremony di Minggu Fesyen New York sejak 2015.[12][13] Jenama ini juga telah menjual produknya di kedai runcitnya sendiri sejak 2011.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Austin, Clare (February 27, 2017). "Just what the doctor ordered: the philosophy of Dr.Jart+". The Moodie Davitt Report (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada December 5, 2019.
  2. ^ a b "Dr. Jart+ — Story". Pentagram (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada December 5, 2019.
  3. ^ a b Shaw, Sophie (December 3, 2019). "Doctor-Led Beauty Brands to Know". CR Fashion Book (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada December 5, 2019.
  4. ^ Hunt, Amy (July 1, 2019). "THIS incredible, affordable skincare brand is set to be your new obsession". Woman & Home (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada December 5, 2019.
  5. ^ Hwang, You-mee (July 22, 2016). "K-beauty attracts investment from international big shots". The Korea Herald (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada December 5, 2019.
  6. ^ Meltzer, Marisa (October 29, 2014). "South Korea Exports Its Glow". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada December 5, 2019.
  7. ^ Branch, Kate (January 19, 2018). "The K-Beauty Guide of the Moment, According to a Korean Model, Musician, and Budding Actress". Vogue (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada December 5, 2019.
  8. ^ "The Estée Lauder Companies to Acquire Dr. Jart+". Business Wire (dalam bahasa Inggeris). November 18, 2019. Dicapai pada December 5, 2019.
  9. ^ Baird, Richard (January 15, 2018). "New Package Design for Dr Jart+ by Pentagram". BP&O (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada December 5, 2019.
  10. ^ "TECSOLA Skincare". Tuesday, March 24, 2020
  11. ^ Wischhover, Cheryl (August 3, 2017). "Why No One Single Brand Is Winning K-Beauty". Racked (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada December 5, 2019.
  12. ^ a b "KOREA Magazine July 2015". Korea Magazine. Docuhut. July 2015. Dicapai pada December 5, 2019.
  13. ^ Opening Ceremony x Dr.Jart NYFW18 (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada December 5, 2019