Draco volans

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Draco volans
Seekor cicak kubin di Bali, Indonesia.
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
Nama binomial
Draco volans

Cicak terbang, cicak kubung, cicak kubin, cekibar atau bidadari (nama saintifik: Draco volans)[2][3] ialah sejenis cicak dalam keluarga Agamidae.[4][5] Spesies ini ditemukan hinggap di pokok-pokok hutan hujan tropika Asia Tenggara.[6][7]

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Nama cicak umumnya digunakan untuk spesies-spesies dalam genus Hemidactylus[8] terutamanya spesies H. frenatus.[2][9]:253 Walau bagaimanapun, perkataan cicak juga dilanjutkan kepada spesies reptilia bersisik kematu yang mempunyai badan hampir serupa seperti spesies ini.[2]

Nama cicak kubin dan cicak kubung diberikan kerana ia meluncur di udara seperti seekor kubung. Cicak kubung digunakan di Jawa.[10]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Badan spesies ini tumbuh sehingga 22 sentimeter panjang termasuk ekornya. Badannya berwarna sawo matang dengan bintik-bintik gelap.[11]

Cicak ini mempunyai kulit yang diregangkan pada kaki-kakinya yang membolehkannya naik udara seperti kelawar dan meluncur, kulit ini disokong tulang-tulang rusuk yang panjang.[12] Kulit diregang cicak jantan berwarna sawo matang atau jingga cerah dengan jalur gelap, kulit diregang cicak betina mempunyai tompok-tompok.[6]

Tabiat[sunting | sunting sumber]

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Ia makan semut dan anai-anai,[11][7][5] ia menunggu mangsanya merangkak masuk medan pemandangannya dilihatnya sebelum menerkam tanpa menggerakkan badannya.[5]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Cicak jantan menarik perhatian pasangan dengan mengembangkan kulit diregang dan gelambirnya, ia mengelilingi pasangannya sambil mengangguk-anggukkan badannya.

Cicak betina bertelur dalam sarang yang digali bawah tanah lantai hutan.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Quah, E.; Grismer, L.; McGuire, J. (2018). "Draco volans". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2018: e.T99929352A99929358. doi:10.2305/IUCN.UK.2018-2.RLTS.T99929352A99929358.en. Dicapai pada 7 Januari 2022.
  2. ^ a b c Wilkinson, Richard James (1932). "chichak". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 224 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  3. ^ "Draco volans". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ Uetz, Peter, penyunting (2022) [1995]. "Draco volans Linneaus 1758". The Reptile Database. Muzium Zoologi Hamburg. Dicapai pada 7 Januari 2023.
  5. ^ a b c Van Arsdale, Michael (1999). "Draco volans ". Animal Diversity Web. Muzium Zoologi Universiti Michigan. Dicapai pada 7 Januari 2023.
  6. ^ a b c Crew, Bec (29 May 2014). "Flying dragon lizard a true gliding reptile". Australian Geographic. Dicapai pada 7 Januari 2023.
  7. ^ a b Smith, Brian E. (December 1993). "Notes on a Collection of Squamate Reptiles from Eastern Mindanao, Philippine Islands Part 1: Lacertilia" (PDF). Asiatic Herpetological Research. 5: 85–95.
  8. ^ "cicak". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  9. ^ Marcellini, Dale (Februari 1977). "Acoustic and Visual Display Behavior of Gekkonid Lizards". American Zoologist. 17 (1): 251–260. doi:10.1093/icb/17.1.251.
  10. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "kubong". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 617 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  11. ^ a b Baker, Nick (2022). "Draco volans". EcologyAsia. Dicapai pada 7 Januari 2023.
  12. ^ Home, Everard (1812). "Observations Intended to Show That the Progressive Motion of Snakes is Partly Performed by means of the Ribs". Philosophical Transactions of the Royal Society of London. 102: 163–168. doi:10.1098/rstl.1812.0011. JSTOR 107313.