Ariana Rose

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Drama Ariana Rose)
Ariana Rose
Genre
Berdasarkan daripada
The Wedding Breaker oleh Evelyn Rose
Ditulis olehEvelyn Rose
PengarahRaja Ahmad Alauddin
Dibintangi oleh
Keith Foo
Nur Fathia
Nabila Huda
Arja Lee
Hisyam Hamid
Mustapha Kamal
Tasha Shilla
Lagu pembukaan"Di Pintu Syurga" oleh Dayang Nurfaizah
Lagu penutup"Di Pintu Syurga" oleh Dayang Nurfaizah
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
PenerbitZiela Jalil
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Pena Creative Pictures
Syarikat pengedaran
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal30 Disember 2013 – 13 Februari 2014
Kronologi
MengikutiPlayboy Itu Suami Aku
Diikuti olehJika Itu Takdirku
Pautan luar
Laman sesawang

Ariana Rose ialah siri drama televisyen Malaysia 2013 adaptasi daripada novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose, terbitan Pena Creative Pictures.[1] Ia dibintangi oleh Keith Foo dan Fathia Latiff sebagai watak utama, serta Arja Lee dan Nabila Huda sebagai watak antagonis. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 dari 30 Disember 2013 hingga 13 Februari 2014 menggantikan Playboy Itu Suami Aku dan digantikan oleh Jika Itu Takdirku.[2][3][4]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[5]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang pernah menjadi girlfriend Tengku Adam Kamil. Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku Adam Kamil, lalu dia mencadangkan agar Ariana berlakon sebagai wedding breaker. Perkahwinan tersebut dibatalkan dan maruah keluarga Tengku Adam Kamil telah tercalar.

Berang dengan keadaan itu, Tengku Adam mengupah spy peribadi untuk menyiasat siapa Ariana Rose.Tengku Kamil cuba mengetahui siapa dalangnya,namun Ariana tegar untuk tidak memberitahu. Tengku Kamil akhirnya meragut kesucian Ariana dan disebabkan itu, Ariana memberitahu kisah sebenar. Sejak itu, Ariana membenci Tengku Kamil.

Untuk melupakan sejarah hitam itu.Ariana mula melakukan kerja-kerja amal.Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang besar dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Tengku Adam mula jatuh cinta pada Ariana namun di pihak Ariana adah sebaliknya. Malah dia semakin membenci Tengku Adam.

Ariana Rose dipinang oleh keluarga Tengku Adam tanpa pengetahuan Tengku Adam dan Ariana menerima lamaran tersebut. Disebabkan kecewa lamarannya ditolak Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah. Bila pulang, dia mendapati, yang dia akan berkahwin dengan Ariana-gadis yang dicintai.Ariana juga tidak tahu siapa bakal suaminya hinggalah pada hari penikahan.Ariana terkejut tapi dia menerima suaminya dengan perasaan terbuka apatah lagi melihatkan suaminya telah banyak berubah.[6]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Ariana Rose mendapat sambutan daripada penonton apabila episod akhirnya mencecah 4.5 juta penonton.[7] Drama ini turut menjadi bahan bualan penonton apabila peminat mahu Fathia Latiff dan Keith Foo bercinta.[8]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ariana Rose nanti peminat Perak Today (30 Disember 2013). Dicapai pada 30 Disember 2013.
  2. ^ Budiey (19 Disember 2013). Drama bersiri Ariana Rose di TV3 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 11 Februari 2014.
  3. ^ Budiey (30 Disember 2013). Pelakon hebat Malaysia dalam Ariana Rose Sensasi Selebriti. Dicapai pada 11 Februari 2014.
  4. ^ Ariana Rose menampilkan barisan pelakon hebat tanah air Selebriti Online (2 Januari 2014). Dicapai pada 11 Februari 2014.
  5. ^ Ariana Rose (2013–2014): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 23 Mei 2018.
  6. ^ Sinopsis drama Ariana Rose adaptasi novel The Wedding Breaker Ezany Kun. Dicapai pada 11 Februari 2014.
  7. ^ Episod akhir Ariana Rose cecah 4.6 juta penonton Sinar Harian (18 Februari 2014). Dicapai pada 20 Februari 2014.
  8. ^ Peminat desak Nur Fathia dan Keith Foo bercinta mStar Online (25 Februari 2014). Dicapai pada 28 Februari 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 7:00 petang
Sebelumnya Ariana Rose Berikutnya
Playboy Itu Suami Aku Jika Itu Takdirku