Drama CD

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Drama CD merupakan sejenis teater audio di mana satu koleksi fail-fail audio disampaikan dalam satu atau beberapa keping CD yang terdiri daripada pelakon suara latar yang melakonkan sebuah kisah melalui pembacaan skrip dan/atau improvisasi. Seperti drama radio, sesebuah lakonan dilakukan hanya dengan menggunakan bunyi-bunyian dan tiada bantuan visual untuk menggerakkan ceritanya. Drama CD seringkali bergantung kepada siri-siri lain yang selalunya terdiri daripada program televisyen dan novel-novel.

Drama CD secara berkesannya dikenali ramai dikalangan peminat-peminat anime dan manga Jepun disebabkan majoriti manga yang diadaptasikan menjadi anime kemudiannya dihasilkan menjadi drama CD menggunakan seiyu atau pelakon-pelakon suara latar, yang telah melakonkan suara watak-watak daripada siri anime itu. Walaubagaimanapun, terdapat juga drama CD yang terdiri daripada para pelakon yang lain daripada para pelakon anime yang asal, contohnya seperti dalam siri Ouran High School Host Club dan D.N.Angel. Tambahan pula, drama CD boleh juga berdasarkan novel-novel visual yang mempunyai alihan suara penuh atay tidak penuh yang berkaitrapat dengan permainan video.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]