Mandatori (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Drama Mandatori)
Jump to navigation Jump to search
Mandatori (drama)
GenreDrama
Cinta
Konflik
Ditulis olehRamlee Awang Murshid (Novel asal)
Alfie Palermo (Pencipta Mini Siri)
Yasmin Yaacob (Pencipta Mini Siri)
PengarahRazaisyam Rashid
Dibintangi oleh
Aeril Zafrel
Siti Saleha
Alvin Wong
Ahmad Tarmimi Siregar
Iedil Putra
Amerul Affendi
Vanidah Imran
Chew Kin Wah
Meor Hashim Manap
Susan Lankaster
Kenji Sawahi
Jo Kukathas
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod6
Penerbitan
Tempoh siaranSetiap 
Penyiaran
Saluran asalAstro First Eksklusif saluran 480 
Siaran asal14 Disember 2017

Mandatori merupakan sebuah drama jenayah dari Malaysia yang disiarkan tahun 2017 diarahkan Razaisyam Rashid. Ia merupakan sebuah drama hasil adaptasi dari sebuah novel karangan penulis Ramlee Awang Murshid,[1] hasil kerjasama antara Astro dengan Ideate Media bagi menghasilkan sebuah mini siri bergenre seram ngeri.melalui slot Astro First Eksklusif saluran 480  oleh saluran Astro First Eksklusif saluran 480 , pada Setiap  b

Drama ini terdiri daripada 6 episod dan ditayangkan secara berturut ermula dari 14 Disember 2017 di saluran Astro First Eksklusif saluran 480.

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]

Produksi[sunting | sunting sumber]

Pengarahnya Razaisyam Rashid turut mengakui, bukan mudah untuk menjayakan kisah berunsur seram ngeri jenayah kerana genre seperti ini agak rumit dan terpaksa menempuh pelbagai cabaran termasuk masa. Ini menyebabkan sesetengah rakaman boleh memakan masa hingga lapan jam, kerana, ada sesetengah babak memerlukan maklumat lebih terperinci agar memudahkan penonton memahami lakonan yang ingin disampaikan oleh setiap pelakon tersebut.

Selain itu, pelakon Siti Saleha Mohd Baharum pula terpaksa mula menjalani penggambaran drama Mandatori hanya dua hari selepas majlis persandingan.[2]

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Mandatori mengisahkan tentang seorang profiler jenayah, Inspektor Norman (Aeril Zafrel) yang menyiasat kes pembunuhan bersiri yang dilihat berkait rapat antara satu sama lain. Ia membuka kembali kes-kes jenayah yang berlaku beberapa tahun lalu. Lebih merumitkan apabila setiap siasatan yang dijalankan Norman akan membawanya kepada satu lagi pembunuhan baru.

Norman semakin keliru kerana seorang demi seorang yang dia kenal mati dibunuh dengan kejam dan pembunuh itu akan meninggalkan petunjuk sama iaitu patung mainan Inspektor Carlos dan kertas tulisan Case Closed yang mana ada ketikanya dijumpai dalam bahagian badan si mati.

Dalam kesibukan Norman menjalankan penyiasatan dengan rakan setugasnya, Detektif Chief Inspektor Kelvin Chan (lakonan Alvin Wong), beliau berkenalan dengan Julia Johari (lakonan Siti Saleha) yang merupakan anak kepada salah seorang ahli perniagaan berjaya dan pemilik Johari Corp, Tuan Johari (lakonan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar) dan keluarga ini merupakan suspek utama kepada beberapa jenayah yang berlaku.

Apakah kesudahan Mandatori yang telah ditayangka di saluran Astro First Eklusif saluran 480 dan platform digital On Demand mulai 14 Disember 2017.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]