Drama radio

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Drama radio ialah suatu persembahan melibatkan sebarisan watak dan latar ditetapkan yang disampaikan sepenuhnya kepada dialog, muzik dan kesan bunyi yang memudahkan para pendengar memahami selok belok cerita yang disampaikan. Kandungan terhasil ini lazimnya didengari secara langsung, namun juga boleh didapati dalam bentuk simpanan lain seperti CD, pita kaset, siniar atau strim yang boleh dimainkan bila-bila sahaja selepas ia disiarkan.

Drama bentuk begini menjadi sangat dikenali tidak lama selepas pembangunan awalnya pada tahun 1920-an lalu lama-kelamaan menjadi suatu bentuk hiburan masyhur pada dekad 1940-an. Kemunculan teknologi televisyen pada tahun 1950-an mengurangkan daya tarikan drana-drama ini; tetapi ia ada masih ada daya larisnya di seberapa negara seluruh dunia.