DreadOut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dreadout
PembangunDigital Happiness
PenerbitDigital Semantika Indonesia
PengarahVadi Vanadi
PengeluarRachmad Imron
Sukmadi Rafiuddin
Dai Daks
PerekaRendy Basuki
KomposerAdhit Android
SiriDreadout
EnjinUnity
PelantarMicrosoft Windows, Mac OS X, Linux
Keluaran15 Mei 2014
GenreSeram
ModPemain tunggal (sistem kamera secara maya)

DreadOut ialah satu permainan video bergaya seram yang berasal dari Indonesia. Permainan ini dibangun oleh Digital Happiness yang boleh dimainkan dalam pelantar Windows, Mac OS X dan Linux dan permainan ini telah berkelayakan dalam pemilihan Steam Greenlight. Permainan ini boleh dibeli dalam perkhidmatan Steam semenjak bulan Disember 2013.[1]

Sistem permainan[sunting | sunting sumber]

DreadOut ialah permainan bergaya seram orang ketiga yang terletak di Indonesia. Linda yang menjadi watak utama menggunakan alat moden seperti telefon pintar dan kamera video digital agar boleh melaksanakan satu tindak balas kepada pelbagai jenis hantu mistik Indonesia dan menangkis serangan hantu-hantu. Alat itu digunakan olehnya sebagai barangan yang boleh membantu dia untuk menyelesaikan pelbagai teka-teki dalam satu bandar yang terbiar. Andai watak utama meninggal dunia, dia akan terjaga dalam kegelapan sambil dikelilingi oleh lilin yang banyak dan sesuatu yang bercahaya dari jauh. Dengan berjalan atau berlari ke arah cahaya, watak utama pun akan dihidupkan semula.

Permainan ini akan memaparkan skema kawalan orang ketiga dan orang pertama