Pemacu peranti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Driver)

Pemacu peranti atau pemacu perisian (device driver) merupakan satu atur cara (sejenis perisian) yang bertugas untuk mengawal dan menukarkan data pemprosesan dalam bentuk yang sesuai untuk kegunaan peranti sokongan. Ia mengandungi maklumat yang diperlukan untuk menjalankan sesuatu unit khas seperti:

Biasanya ia menjadi antara muka untuk berhubung dengan peranti tersebut, melalui bas komputer khas atau subsistem komunikasi yang ada pada perkakasan tersebut dengan sistem pengendalian dan aplikasi perisian. Kadangkala dipanggil pemacu sahaja, ia merupakan sejenis atur cara komputer khas yang bergantung kepada jenis perkakasan dan sistem pengendalian komputer yang digunakan. Ia membolehkan kedua-duanya berkomunikasi dan biasanya menyediakan pengendalian sampukan yang diperlukan untuk keperluan antara muka perkakasan tak segerak.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]