Pesawat udara tanpa pemandu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Dron)
Meskipun kebanyakan UAV merupakan sebuah pesawat kepak kaku, rekabentuk pesawat sayap putar seperti MQ-8B Fire Scout juga wujud.
MQ-9 Reaper, sebuah UAV pengawasan pemburu-pembunuh yang digunakan oleh Angkatan Tentera Amerika Syarikat dan Angkatan Tentera Britain, terutamanya di Iraq dan Afghanistan.

Pesawat udara tanpa pemandu (bahasa Inggeris: unmanned aerial vehicle, disingkatkan kepada UAV), juga dikenali dengan nama dron, merupakan sejenis pesawat udara yang tidak memerlukan juruterbang untuk mengendalikannya. UAV memiliki dua kelainan: iaitu sama ada yang dikendalikan secara kawalan jauh, atau boleh diterbangkan secara bebas berdasarkan rancangan penerbangan yang sejak awal-awal lagi telah diprogramkan dengan menggunakan sistem automasi dinamik yang sukar. Pada masa sekarang, kebanyakan UAV boleh melaksanakan misi-misi pengawasan dan juga serangan. UAV juga kini semakin banyak digunakan untuk kegunaan awam, seperti memadamkan kebakaran. UAV sering kali digunakan di dalam misi-misi yang sangat "bosan, kotor, atau berbahaya" untuk sesebuah pesawat yang berpemandu.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai jenis bentuk, saiz, tatarajah dan ciri-ciri sesebuah UAV. Untuk kegunaan rencana ini dan bagi membezakan UAV dengan peluru berpandu, UAV ditakrifkan sebagai berupaya dikawal dan dikekalkan, penerbangan separas dan dikuasai oleh sebuah enjin jet atau enjin salingan. Peluru berpandu krus tidak diklaskan sebagai sebuah UAV kerana sepertimana peluru berpandu yang lain, kenderaan ini sendiri merupakan sejenis senjata yang tidak boleh digunakan semula, meskipun dalam sesetengah kes ia tidak berpemandu dan dikendalikan secara kawalan jauh.

Singkatan UAV boleh dikembangkan dalam beberapa kes kepada "Sistem Pesawat Udara Tanpa Pemandu" (unmanned-aircraft vehicle system, UAVS). Pentadbiran Penerbangan Persekutuan menerima kelas generik Sistem Pesawat Udara Tanpa Pemandu (unmanned aircraft system, UAS) yang pada asalnya diperkenalkan oleh Tentera Laut A.S. bagi menggambarkan fakta bahawa UAV bukan semata-mata merupakan sebuah pesawat, tetapi sistem, termasuk stesyen darat dan unsur-unsur lain.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Sejarah dan rencana
Organisasi dan berita semasa