Dušan Basta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dušan Basta
Maklumat peribadi
Nama penuh Dušan Basta
Tarikh lahir (1984-08-18) 18 Ogos 1984 (umur 39)
Tempat lahir Belgrade, SFR Yugoslavia
Ketinggian 1.84 m (6 ka ​ 38 in)
Posisi permainan Bek kanan / Sayap kanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Lazio
Nombor 8
Kerjaya remaja
PKB Padinska Skela
Red Star Belgrade
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2002–2008 Red Star Belgrade 97 (3)
2003–2004Jedinstvo Ub (pinjaman) 27 (9)
2008–2014 Udinese 105 (9)
2008–2009Lecce (pinjaman) 7 (0)
2014– Lazio 4 (0)
Pasukan kebangsaan
2005–2006 Serbia 16 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23 November 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 6 Jun 2014

Dušan Basta (Cyrilic Serbia: Душан Баста; lahir 18 Ogos 1984) merupakan pemain bola sepak Serbia yang kini bermain untuk kelab Seriea A, Lazio dan Serbia. Beliau sering bermain di posisi bek kanan.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Tahun awal[sunting | sunting sumber]

Basta pertama kali bermain bola sepak pada berusia lapan tahun ketika menyertai kelab bola sepak tempatan, PKB. Beliau kemudian menandatangani untuk bersama kelab Red Star Belgrade pada usia 13 tahun dan akan menjadi sebahagian daripada salah satu generasi yang paling berbakat dalam sejarah akademi remaja Red Star. .

Red Star Belgrade[sunting | sunting sumber]

Basta menandatangani kontrak profesionalnya pada usia 17 tahun, ketika beliau bersama ramai rakan sepasukan dari akademi remaja Red Star untuk memasuki pasukan senior. Beliau membuat debut profesional untuk Red Star pada ulang tahun hari lahirnya ke-18 (pada 18 Ogos 2002), tewas 1-0 kepada Sutjeska di Nikšić, Montenegro. Dalam musim berikutnya, beliau telah dipinjamkan ke kelab Jedinstvo Ub (bersama Aleksandar Luković dan Boško Janković). Selepas beliau kembali ke Red Star, beliau telah memiliki teknik-teknik, kemahiran dan menghantar dengan baik dan beliau menjadi salah satu pemain utama Red Star Belgrade. Pada April 2005, Bastan telah mengalami kecederaan dan beliau terpaksa berehat selama lima bulan. Dalam tahun akhirnya bersama Red Star, Bastan memenangi enam trofi bersama Red Star, temasuk tiga piala domestik.

Udinese[sunting | sunting sumber]

Pada Julai 2008, beliau berpindah ke Udinese. Beliau bermain dalam perlawanan persahabatan pra-musim. Walau bagaimanapun, Udinese tidak mahu memperuntukkan satu daripada dua bukan kuota pendaftaran EU pada Basta, jadi Basta berpindah ke Lecce secara pinjaman dari Red Star Belgrade.[1]

Selepas pulang ke Udinese pada musim panas 2009, beliau mula bermain sebagai sayap kanan selepas musim bermula. Beliau membuat debut untuk Udinese pada 23 September 2009 menentang A.C. Milan, menggantikan Mauricio Isla selepas 27 minit, Udinese menang pada perlawanan itu 1–0. Selepas pemain Simone Pepe mengalami kecederaan, beliau bermain sebagai pemain tengah di sebelah kanan dengan formasi 3–5–2 untuk beberapa kemudian. Basta kemudian mengalami kecederaan dan ketinggalan untuk perlawanan musim 2010–11.

Basta kemudian kembali selepas 18 bulan berehat. Pada 11 September, perlawanan minggu pertama Serie A 2011–12, pengurus Francesco Guidolin menyuruh Basta bermain sebagai sayap kanan dalam formasi 3-5-2. Beliau kemudian menjaringkan gol, menumpaskan Lecce pada perlawanan berikutnya. Pada 6 November 2011, Basta menjaringkan gol pembukaan ketika menang 2-1 ke atas Siena.

Lazio[sunting | sunting sumber]

Basta menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Lazio pada 23 Jun 2014 sebanyak 5.5 juta.[2]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Basta melakukan debut untuk pasukan Serbia dan Montenegro ketika menentang Sepanyol pada 31 Mac 2005.[3] Beliau menggantikan Ognjen Koroman pada minit ke-77 pada perlawanan itu.

Beliau merupakan sebahagian daripada skuad Serbia dan Montenegro yang beraksi di Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman, tetapi beliau tidak bermain sebarang perlawanan.

Beliau telah dipanggil buat pertama kali untuk menyertai pasukan kebangsaan Serbia ketika di bawah pengurus Radovan Ćurčić, untuk dua perlawanan persahabatan menentang Mexico dan Honduras, untuk menggantikan tempat Neven Subotić yang tercedera. Selepas dipanggil, beliau kemudian tercedera semula. Pengurus Ćurčić kemudian memanggil Nemanja Tomić, Adem Ljajić dan Andrija Kaluđerović.

Basta membuat debut pertama untuk Serbia ketika menentang Cyprus pada 29 Februari 2012, apabila beliau memasuki padang pada minit ke-73. Gol pertama Basta untuk Serbia hadir ketika menentang lawan yang sama, Cyprus pada 6 Februari 2013.

Pasukan kebangsaan Serbia
Tahun Pmncln Gol
2005 1 0
2006 1 0
2007 0 0
2008 0 0
2009 0 0
2010 0 0
2011 0 0
2012 3 0
2013 7 2
2014 4 0
Jumlah 16 2

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Arena Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 6 Februari 2013 Stadium GSP, Nicosia, Cyprus  Cyprus
1–3
1–3
Persahabatan
2. 15 Oktober 2013 Stadium Jagodina City, Jagodina, Serbia  Macedonia Utara
2-0
5–1
Kelayakan Piala Dunia 2014

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Penampilan kelab Liga Piala Benua Jumlah
Musim Kelab Liga Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol
Serbia Liga Piala Serbia Eropah Jumlah
2002–03 Red Star Belgrade Liga Pertama 12 0 ? ? 1 0 13 0
2003–04 1 0 ? ? 0 0 1 0
2003–04 Jedinstvo Ub (pinjaman) Liga Kedua 27 9 ? ? 0 0 27 9
2004–05 Red Star Belgrade Liga Pertama 23 2 ? ? 5 0 28 2
2005–06 25 0 ? ? 6 1 31 1
2006–07 Liga Super 16 0 ? ? 4 0 20 0
2007–08 20 1 ? ? 9 1 29 2
Itali Liga Coppa Italia Eropah Jumlah
2008–09 Lecce (pinjaman) Serie A 7 0 0 0 0 0 7 0
2009–10 Udinese 16 0 0 0 0 0 16 0
2010–11 0 0 0 0 0 0 0 0
2011–12 31 5 1 0 7 0 39 5
2012–13 28 1 1 0 5 1 33 2
2013–14 30 3 0 0 4 1 34 4
2014–15 Lazio 4 0 0 0 0 0 4 0
Liga Piala Benua Jumlah
Jumlah Serbia 124 12 ? ? 25 2 149 14
Itali 116 9 2 0 16 2 133 11
Jumlah kerjaya 240 21 2 0 41 4 282 25

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Red Star Belgrade

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Lecce lure Basta from Udinese". skysports. 2008-09-01. Dicapai pada 2009-12-02.
  2. ^ [1] Novosti.rs: Basta potpisao četvorogodišnji ugovor sa Lacijom (Serbia) 23 June 2014
  3. ^ "Petkovic puts faith in new faces". UEFA.com. 2005-03-20. Dicapai pada 2009-12-02.