Dušan Tadić

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dušan Tadić
Maklumat peribadi
Nama penuh Dušan Tadić[1]
Tarikh lahir (1988-11-20) 20 November 1988 (umur 35)
Tempat lahir Bačka Topola, SFR Yugoslavia
Ketinggian 1.81 m (5 ka 11 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Ajax
Nombor 10
Kerjaya remaja
AIK Bačka Topola
2002–2006 Vojvodina
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2010 Vojvodina 107 (29)
2010–2012 Groningen 68 (14)
2012–2014 Twente 66 (28)
2014–2018 Southampton 134 (20)
2018– Ajax 34 (28)
Pasukan kebangsaan
2007 Serbia B19 5 (3)
2007–2010 Serbia B21 24 (1)
2008 Serbia Olimpik 3 (0)
2008– Serbia 64 (15)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 15 Mei 2019
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10 Jun 2019


Dušan Tadić (Cyrilic Serbia: Душан Тадић; lahir 20 November 1988) merupakan pemain bola sepak Serbia yang kini bermain di kelab Belanda, Ajax dan pasukan kebangsaan Serbia. Beliau bermain di posisi pemain tengah atau sayap.[2]

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Vojvodina[sunting | sunting sumber]

Dušan Tadić memulakan kerjaya bola sepaknya pada usia remaja dan menyertai kelab AIK Bačka Topola yang terletak di kampung halamannya. Kemudian, beliau menandatangani kontrak profesionalnya bersama FK Vojvodina dan bermain dalam Meridian SuperLiga ketika baru berusia 18 tahun.[3] Ketika bersama Vojvodina, beliau menerima banyak pengalaman bermain bola sepak dengan menentang beberapa kelab utama (pernah menentang Atlético Madrid)dan bermain empat musim penuh dengan mengalami kecederaan atau kemalangan. Beliau menjaringkan gol pertamanya di pentas Eropah dalam perlawanan Liga Eropah menentang Austria Wien ketika baru berusia 20 tahun.

Groningen[sunting | sunting sumber]

Pada 2010, Vojvodina menjual Dušan Tadić kepada FC Groningen dengan bayaran sebanyak €1.23 million. Beliau merupakan pemain ketiga membuat banyak hantaran di Eropah pada musim 2010–11. Beliau bermain untuk Groningen dari tahun 2010 sehingga 2012 sebelum berpindah ke FC Twente.

Twente[sunting | sunting sumber]

Pada 10 April 2012, Tadić telah menandatangani sebuah kontrak bersama FC Twente dengan bayaran sebanyak €7.7 juta dari FC Groningen.[4] Pada 12 Ogos 2012, beliau menjaringkan dua gol ketika menentang bekas kelab, Groningen.[5]

Southampton[sunting | sunting sumber]

Tadić menjadi pemain baru pertama ke Southampton di bawah pengurus baru, Ronald Koeman pada 8 Julai 2014 dengan menandatangani kontrak empat tahun dan bayaran tidak didedahkan, tetapi dilaporkan sekitar £10.9 juta.[6] Beliau membuat debut bersama Southampton pada 17 Ogos dalam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris, beliau bermain selama 74 minit sebelum digantikan oleh Shane Long.

Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Southampton pada 23 September ketika melakukan tendangan penalti menentang Arsenal, menang 2–1 dalam perlawanan Piala Liga Inggeris di Stadium Emirates].[7]

Beliau menjaringkan gol liga pertamanya ketika menang besar 8-0 ke atas Sunderland pada 18 Oktober 2014 dan membuat empat hantaran pada perlawanan itu.[8]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Tadić telah disenaraikan dalam skuad kebangsaan Serbia pada 2008, ketika baru berusia 19 tahun. Beliau menjadi sebahagian skuad Serbia yang tidak bernasib baik untuk layak ke Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil. Beliau menjaringkan gol pertamanya ketika menentang Wales pada 12 September 2012, Serbia menang besar, 6–1.[9]

Pasukan kebangsaan Serbia
Tahun Pmncln Gol
2008 1 0
2009 0 0
2010 1 0
2011 0 0
2012 9 1
2013 10 4
2014 8 1
Jumlah 29 6

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Arena Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 11 September 2012 Stadium Karađorđe, Novi Sad, Serbia  Wales
4–1
6–1
Kelayakan Piala Dunia 2014
2. 6 Februari 2013 Stadium GSP, Nicosia, Cyprus  Cyprus
1–1
3–1
Persahabatan
3. 6 Februari 2013 Stadium GSP, Nicosia, Cyprus  Cyprus
2–1
3–1
Persahabatan
4. 11 Oktober 2013 Stadium Karađorđe, Novi Sad, Serbia  Jepun
1–0
2–0
Persahabatan
5. 15 Oktober 2013 Stadion Jagodina, Jagodina, Serbia  Macedonia Utara
4–0
5–1
Kelayakan Piala Dunia 2014
6. 26 Mei 2014 Red Bull Arena, Harrison, New Jersey, Amerika Syarikat  Jamaica
1–0
2–1
Persahabatan

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 18 Oktober 2014
Penampilan kelab Liga Piala Benua Lain Jumlah
Musim Kelab Liga Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol
Serbia Liga Piala Serbia Eropah Lain Jumlah
2006–07 Vojvodina Liga Super Serbia 23 3 5 1 0 0 28 4
2007–08 28 7 1 0 3 0 32 7
2008–09 29 9 1 0 2 0 32 9
2009–10 27 10 5 0 2 1 34 11
Belanda Liga Piala KNVB Eropah Play-off Jumlah
2010–11 Groningen Eredivisie 34 7 3 0 0 0 4 0 41 7
2011–12 34 7 1 0 0 0 0 0 35 7
2012–13 Twente 33 12 1 0 13 3 4 1 51 16
2013–14 33 16 1 0 0 0 0 0 34 16
England Liga Piala FA Inggeris Eropah Piala Liga Inggeris Jumlah
2014–15 Southampton Liga Perdana Inggeris 14 1 0 0 0 0 2 1 17 2
Jumlah Serbia 107 29 12 1 7 1 126 31
Belanda 134 42 6 0 13 3 8 1 161 46
England 14 1 0 0 0 0 2 1 17 2
Jumlah kerjaya 255 72 18 1 20 4 10 2 303 79

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Individu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ name="Barclays Premier League: notification of shirt numbers">"Barclays Premier League: notification of shirt numbers" (PDF). Premier League. m/s. 16. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-08-19. Dicapai pada 16 August 2014.
  2. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-12-28. Dicapai pada 2014-12-04.
  3. ^ Dusan Tadic - Soccerway
  4. ^ Goal.com - Official: Tadic to leave Groningen for Twente Retrieved 10 April 2012.
  5. ^ Sportal - Tadić igrač kola u Holandiji (Serbian: Tadic player of the round in Holland) Retrieved 13 August 2012.
  6. ^ "Southampton sign Twente's Tadic". BBC Sport. 2014-07-08. Dicapai pada 2014-07-08.
  7. ^ "Arsenal 1–2 Southampton". BBC Sport. 23 September 2014. Dicapai pada 23 September 2014.
  8. ^ Reddy, Luke (18 October 2014). "Southampton 8 – 0 Sunderland". BBC Sport. Dicapai pada 18 October 2014.
  9. ^ "Appearances of Dušan Tadić". eu-football.info. Dicapai pada 29 September 2014.