Dua Sub Kitaran Hayat Ekonomi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dua Sub Kitaran Hayat Ekonomi (DSKHE)[sunting | sunting sumber]

Dua Sub Kitaran Hayat Ekonomi adalah pendapat Dzulfariz Azman yang mengatakan bahawa setiap kitaran hayat ekonomi yang penuh akan sentiasa mempunyai dua sub kitaran hayat, yang mana sub kitaran itu terdiri dari satu kitaran yang melampau yang mengambil masa 7 tahun dan satu sub kitaran yang normal yang tidak diketahui jangkamasa yang diambil. Pendapat ini ditulis dalam sebuah buku berjudul "Dua Sub Kitaran Hayat Ekonomi - Satu Kaedah Baru Dalam Memahami Pasaran Saham"[1] tulisan Dzulfariz bin Aziman @ Azman dan Sariati binti Azman.

Pendapat ini berdasarkan ayat Al-Quran yang mencadangkan bahawa terdapat satu lagi kitaran selepas kitaran yang melampau seperti ayat :-

  • "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".(Yusuf 12:49)[2]

"Kemudian akan datang sesudah itu" menggambarkan bahawa terdapat lagi satu kitaran yang selepas kitaran yang pertama. Kitaran pertama, yang melampau, itu diambil dari ayat Al-Quran:-

  • Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.(Yusuf 12:47)[3]
  • Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).(Yusuf 12:48)[4]

Ini mencadangkan adanya kitaran yang melampau untuk 7 tahun ekonomi yang meningkat dan 7 tahun untuk ekonomi gawat.

Baki sub kitaran kedua, ianya tidaklah seperti kitaran yang pertama dan ia adalah lebih normal dengan diceritakan sebagai menaik sahaja di dalam Al-Quran.

  • "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".(Yusuf 12:49)[5]

Digambarkan kepada kita bahawa tahun-tahun yang berikutnya adalah tahun yang diberi rahmat rezeki kepada kita. Tiada jumlah tahun diberikan di sini dan tiada angka 7 diberikan.

Angka 7 telah dan angka faktor 7 telah banyak digunakan sebagai tempoh kitaran seperti di dalam buku "the Joseph Cycle"[6] oleh Simon Sim dan juga ditulis di beberapa laman sesawang yang lain..

Juga dilihat dari kitab Perjanjian Baru, atau Bible menceritakan mengenai 7 tahun yang tidak dibenarkan bercucuk tanam yang dikatakan sebagai menggambarkan waktu gawat. Dalam Bahasa Indonesia sehari-harinya berbunyi :-

  • 25:4 Tetapi setiap tahun yang ketujuh dikhususkan untuk TUHAN. Jadi sepanjang tahun itu tanah harus dibiarkan dan tak boleh dikerjakan. Jangan menanami ladang-ladang dan jangan memangkas pohon-pohon anggurmu. (Imamat 25:4)[7]

Ayat itu juga dipandang sebagai waktu kegawatan yang selama 7 tahun atau satu tahun Sabbath. Ini diceritakan dalam Kitab Perjanjian Baru sebagai :-

  • 25:8 Hitunglah tujuh kali tujuh tahun, sebanyak empat puluh sembilan tahun. [8]

Antara hujah-hujah untuk adanya 2 sub kitaran ekonomi adalah terdapatnya satu kegawatan yang besar selama 7 tahun setiap di antara 22 hingga 27 tahun. Ini diterangkan dengan lanjut di dalam buku "Dua Sub Kitaran Hayat Ekonomi - Satu Kaedah Baru Dalam Memahami Pasaran Saham".[9] Antaranya waktu ekonomi gawat di Malaysia dan gawat di Amerika Syarikat seperti waktu gawat dari 1994-2001 berkemuncak pada 1998/1999 di Malaysia, Malaysia yang gawat dari 1969 - 1976 yang dibuat Dasar Ekonomi Baru, Malaysia yang gawat 1941-1948 digambarkan dengan pegangan wang Jepun, Amerika Syarikat yang gawat pada 2008, Amerika Syarikat yang gawat tahun 1987, Amerika Syarikat yang gawat beserta inflasi pada 1958, Amerika yang gawat pada 1930.

Carta Kitaran Perniagaan (Ekonomi) dan Carta Dua Sub Kitaran Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Dua Sub Kitaran hayat Ekonomi adalah berbeza dengan Kitaran Perniagaan. Kitaran perniagaan hanya mempunyai satu kitaran dan ia akan berulang-ulang. Ia merupakan turun naik dalam pengeluaran agregat, perdagangan dan aktiviti dalam beberapa bulan atau tahun untuk sesuatu ekonomi [10]

Carta kitaran perniagaan yang saya ambil dari wikipedia Inggeris adalah seperti di sebelah.

A basic illustration of economic/business cycles.

Dua Sub Kitaran Hayat Ekonomi pula adalah turun naik dalam pengeluaran agregat, perdagangan dan aktiviti dalam satu tempoh tertentu yang mempunyai satu kitaran perniagaan yang melampau dan satu kitaran perniagaan yang sederhana.

Carta Dua Sub Kitaran Hayat Ekonomi adalah seperti di bawah. Carta dua sub kitaran hayat ekonomi

Perumpamaan[sunting | sunting sumber]

Sumber mengenai "dua sub kitaran hayat ekonomi" banyak diketahui melalui perumpamaan. Ia adalah perumpamaan yang biasa dihuraikan seperti dalam lama web seperti [11]dan ini[12]

Mathal Sarih pula diceritakan dalam buku Manusia dalam Al_Quran: Satu Kajian dari Perspektif Al-Mathal Al-Sarih [13]sebagai satu perumpamaan yang tidak dapat ditolak disebabkan adanya perkataan "perumpamaan","bandingkan" atau istilah yang serupa dalam Al-Quran itu.

Misalnya perkataan 'tumbuhan','benih' dan 'kebun' selalu digunakan sebagai perumpamaan. Misalnya.

  • Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan. (Al-Baqarah 2:265)[14]

Perhatikan perumpamaan atau perbandingan berikut “seperti kebun yang di tempat yang tinggi yang disirami oleh hujan lebat, kalau tak lebat pun, renyai-renyai pun jadilah”. Ayat ini ditujukan kepada semua orang yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah. Tetapi, adakah semua orang itu mahukan sebuah kebun? Tidak, ini sekadar perumpamaan. Perumpamaannya seperti sebuah kehidupan dengan hasil dari tangannya sendiri yang mendapat hasil dua kali ganda. Samalah seperti dimaksudkan bahawa kita semua bekerja dan mempunyai kedudukan ekonomi yang baik.

Satu lagi contoh.

  • Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah 2:261)[15]

Satu perumpamaan yang membandingkan orang yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah dengan sebiji benih. Benih itu kemudiannya menjadi tujuh tangkai dan setiap tangkai itu mengeluarkan 100 biji buah. Tetapi adalah buah itu yang dikehendaki? Tidak, ianya perumpaan semata-mata. Sekali lagi orang yang membelanja harta ke jalan Allah sebagai berusaha yang dari usahanya itu mendapat hasil yang berkali-kali lumayan

Jadi tidaklah menjadi salah jika diumpamakan 'kebun','benih' dan 'tumbuhan' seperti hasil usaha kita atau hasil ekonomi suatu negara. Penyediaan makanan atau gandum juga mempunyai perumpamaan yang sama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Azman,, Dzulfariz (2013). Dua Sub Kitaran Hayat Ekonomi - Satu Kaedah Baru dalam Memahami Pasaran Saham. Malaysia: Dfariz Korporat. ISBN 9789671225301. 
  2. ^ Al-Quran - Surah Yusuf (12:49)
  3. ^ Al-Quran - Surah Yusuf (12:47)
  4. ^ Al-Quran - Surah Yusuf (12:48)
  5. ^ Al-Quran - Surah Yusuf (12:49)
  6. ^ Sim,, Simon (2004). The Joseph Cycle. Singapore: EChartbook. ISBN 9789810502393. 
  7. ^ Kitab Perjanjian Baru (Bible). Imamat 25:4
  8. ^ Kitab Perjanjian Baru (Bible). Imamat 25:8
  9. ^ Azman,, Dzulfariz (2013). Dua Sub Kitaran Hayat Ekonomi - Satu Kaedah Baru dalam Memahami Pasaran Saham. Malaysia: Dfariz Korporat. ISBN 9789671225301. 
  10. ^ Wikipedia. Business cycle.
  11. ^ http://ghazaliabu.blogspot.com/2008/04/7-tahun-kitaran-ekonomi-berdasarkan.html
  12. ^ http://mysabil.blogspot.com/2007/07/7-tahun-makmur-7-tahun-kemarau.html
  13. ^ Martin,, Mohammad Yusup (2012). Perumpamaan-perumpamaan manusia dalam al-Qur'an : analisa tafsir tematik. Malaysia: Al-Bayan Journal of Al-Quran and Hadis. ISSN 1394-3723. 
  14. ^ Al_Quran Surah Baqarah (2:265)
  15. ^ Al-Quran Surah Al-Baqarah (2:261)