Dua Takdir Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Dua Takdir Cinta
Genre
Berdasarkan daripada
Diadaptasi dari telenovela Colombia Cuando Vivas Commigo terbitan Carocal Television,2013
PengarahRiza Baharudin
Azri Izhar
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Separuh Hatiku" oleh Asmidar
Lagu penutup"Separuh Hatiku" oleh Asmidar
"Lara" oleh Adam Malek
Negara asal Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod65
Penerbitan
Penerbit eksekutifZetty Alia Dato' Ramly
Zetty Adila Dato' Ramly
PenerbitDatin Zaiton Muhd Jiwa
Tempoh siaran42-43 minit
Syarikat penerbitan
Global Station
Penyiaran
Saluran asal
Siaran asal7 Januari 2020 – 6 April 2020
Kronologi
MengikutiSuri Katriana
Diikuti olehJalan Sesat Ke Syurga

Dua Takdir Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Riza Baharudin bersama Azri Izhar , dibintangi oleh Fasha Sandha, Azar Azmi, Faizal Hussein, Zamarul Hisham dan Fendy Bakry.[1] Diadaptasi dari telenovela Colombia Cuando Vivas Conmigo,siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Tiara Astro Prima bermula 7 Januari 2020 hingga 6 April 2020 menggantikan Suri Katriana.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Mariana dan Sabrina. Dua beradik anak yatim yang dijaga oleh makcik mereka sehingga berusia belasan tahun sehingga mereka terpisah. Selama 20 tahun, Mariana dan Sabrina hidup berasaingan sehinggalah mereka bertemu semula apabila Mariana pergi mencari adiknya itu. Namun hidup mereka tidaklah seindah yang disangka. Pelbagai rintangan dan dugaan yang perlu mereka hadapi demi untuk mencapai satu kebahagiaan. Mariana dan Sabrina kini dihantui kisah silam mereka yang membuatkan mereka kini hidup dalam keresahan. Mariana kini sedang menghadapi konflik rumahtangganya setelah dia mengetahui bahawa dirinya telah dimadukan oleh suaminya, Mustafa. Mustafa dalam diam telah mengahwini seorang gadis muda bernama Suraya. Tanpa mereka ketahui selama ini, Suraya juga pernah berhubungan sulit dengan anak mereka, Mikael. Sabrina juga kini dilanda masalah konflik rumahtangga apabila anak-anak tirinya, Raikal dan Laila selalu menyusahkan hidupnya. Ini kerana mereka berasa tidak berpuas hati apabila arwah ayah mereka, Tuan Ismail telah mewasiatkan kesemua harta mereka kepada Sabrina.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Azerin Zainal
  • Kamarul Zaman
  • Farah Queen
  • Farra J
  • Faridah Bakri
  • Anis Farisha
  • Adam
  • Julieana Ramlee
  • Shawal Osman
  • Rizal Yum
  • Liza Samion

Muzik dan runut bunyi[sunting | sunting sumber]

No. TajukArtis Masa
1. "Separuh Hatiku"  Asmidar 04:16
2. "Lara"  Adam Malek 03:42
3. "Jangan Khianati Aku"  Azlan & The Typewriter 03:19
4. "Dirimu"  Bimasakti 03:46
5. "Lihatlah Dunia"  Stacy Anam 02:49
Jumlah masa:
-:--

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Dua Takdir Cinta My Infotaip (5 Januari 2020). Dicapai pada 13 Mac 2020.
  2. ^ Drama Dua Takdir Cinta lakonan Fasha Sandha dan Azar Azmi Jomedumy (18 Disember 2019). Dicapai pada 13 April 2020.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (11 Mac 2020). Suami pengkritik utama: Syamim Farid Harian Metro. Dicapai pada 13 April 2020.