Souk Rempah Dubai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Dubai Spice Souk)
Sebuah kedai di Souq Rempah mempamerkan pelbagai rempah-ratus, herba dan kekacang

Souq Rempah Dubai (Arab: سوق التوابل) atau Souq Lama adalah sebuah pasar tradisional (atau souq) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (EAB). Souq Rempah terletak di timur Dubai, di Deira dan bersebelahan dengan Souk Emas Dubai. Souq Rempah terletak di Jalan Sikkat Al Khail, berada di kawasan Al Ras. Souq ini terdiri dari beberapa lorong sempit yang dibarisi dengan gedung-gedung terbuka dan beratap.

Gedung-gedung di Souq Rempah menjual pelbagai wangi-wangian dan rempah-ratus dari kemenyan dan shisha sehingga ke pelbagai herba yang digunakan dalam makanan Arab dan Asia Selatan. Selain itu, tekstil, dupa, ambal dan artifak juga dijual di Souq Rempah.[1] Kebanyakan dari perdagangan wujud melalui tawar-menawar. Bilangan perdagangan dan gedung rempah di Souq Rempah telah berkurang dengan banyaknya sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan pertambahan bilangan gedung besar dan pasar raya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wise buys. The Economist.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]