Dublin Unting Ingkot
Penampilan
Datuk Dublin Unting Ingkot atau Dublin Unting (1953-2009) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Dayak. Beliau merupakan mantan ADUN Batang Ai selama empat penggal (1991-2009). Kematian beliau ketika menyandang jawatan ADUN menyebabkan Pilihan raya kecil Batang Ai 2009 dijalankan.
Datuk Dublin Unting Ingkot | |
|---|---|
![]() | |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Batang Ai | |
| Dalam jawatan 1991–2009 | |
| Didahului oleh | Mikai Mandau |
| Digantikan oleh | Malcom Mussen Lamoh |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 1956 |
| Meninggal dunia | 24 Februari 2009 (53 tahun)[1] |
| Parti politik | Parti Rakyat Malaysia |
| Pekerjaan | Ahli Politik |
Peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau berkahwin dengan Datin Froline Moriah Demies Impoi pada 1998 dan sehingga tahun 2009, mereka mendapat 3 orang anak, iaitu Damian, 11, Deandra Faith, lapan, dan Dillion Abit, lima tahun.[2]
Bidang politik
[sunting | sunting sumber]Beliau menjadi timbalan menteri pertanian negeri (Penyelidikan dan Koordinasi), beliau menewaskan pencabarnya Nicholas Bawin dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) di dalam pilihan raya Negeri Sarawak 2006.
