Duralumin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Hakisan pada duralumin.

Duralumin ialah sejenis besi aloi aluminium-tembaga serta pernah menjadi nama dagang bagi aloi-aloi aluminium terawal yang beransur mengeras (tetapi kini lapuk penggunaan takrifan ini). Istilah ini sering digunakan bagi aloi aluminium-kuprum secara am; duralumin dikelaskan sebagai siri 2000 oleh Sistem Pengelasan Aloi Antarabangsa seperti 2014 dan 2024 yang digunakan dalam pembinaan pesawat.

Bahan-bahan utama di samping aluminium ialah tembaga, mangan dan magnesium. Sebagai contoh, aloi 2024 terdiri daripada 91-95% aluminium, 3.8-4.9% kuprum, 1.2-1.8% magnesium, 0.3-0.9% mangan, <0.5% besi, <0.5% silikon, <0.25% zink, <0.15% titanium, <0.10% kromium dan kurang 0.15% unsur-unsur lain.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "United Aluminum - ALLOY 2024" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Oktober 2018.