Durioo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Durioo Sdn. Bhd.
Jenis/bentuk sahSwasta
Industri
Ditubuhkan20 Ogos 2021; 2 tahun yang lalu (2021-08-20)
PengasasSinan Ismail
Ibu pejabatCyberjaya, Selangor, Malaysia
Tokoh pentingSinan Ismail (CEO)
Keluaran
Bilangan kakitangan38 (2022)
Pembahagian
  • Durioo Originals
  • Durioo Games
  • Durioo Commerce
  • Durioo Learning
  • Durioo Experiences
Tapak webduriooplus.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Durioo Sdn. Bhd. ialah syarikat animasi dan pemula teknologi Malaysia yang menyediakan kandungan hiburan berunsurkan Islam yang diasaskan pada 20 Ogos 2021 oleh Sinan Ismail, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Digital Durian.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Durioo ditubuhkan pada 20 Ogos 2021 oleh Sinan Ismail yang merupakan pengasas dan CEO Digital Durian, syarikat animasi yang terkenal dengan siri animasi Didi & Friends dan Omar & Hana.[2] Syarikat ini berpegang kepada misi untuk menghasilkan siri animasi kanak-kanak berunsurkan Islam bagi pasaran dunia.[3]

Selain animasi, Durioo menjadi pemula teknologi yang menawarkan perkhidmatan penstriman yang boleh ditonton di telefon bimbit, tab, televisyen pintar, peti android dan sebagainya.[3] Menurut Sinan, beliau berhasrat untuk melihat Durioo menjadi seperti Netflix dan Disney tetapi khusus untuk kanak-kanak beragama Islam.[3][4]

Durioo mengumumkan pada Mac 2023 bahawa mereka telah berjaya meraih suntikan dana pelaburan berjumlah RM12.5 juta dan ia telah melonjakkan nilai syarikat tersebut kepada RM100 juta. Syarikat ini juga menyasarkan mencapai 100,000 pelanggan berbayar menjelang hujung 2023 dan dengan sasaran 1 juta pelanggan berbayar menjelang 2025 kelak.[5]

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

  • Durioo+ – Dilancarkan pada Februari 2022, Durioo+ menawarkan kandungan hiburan Islamik khas untuk kanak-kanak dan telah mempunyai 120 siri animasi pelbagai tajuk di bawah jenama Durioo Originals dan 4,000 pelanggan.[6][7]
  • Durioo Games – Selain platform penstriman, Durioo juga mengembangkan platformnya ke arena permainan video bagi menghasilkan permainan video yang bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak tetapi juga masih menerapkan ciri-ciri Islamik.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Joycelyn Tan (14 Disember 2021). "After 8 years of Didi & Friends, his new goal is to make a Disney & Netflix for Muslim kids" (dalam bahasa Inggeris). Vulcan Post. Dicapai pada 6 Januari 2022.
  2. ^ Siti Nurfatihah Firdaus (1 Mei 2022). "Durioo aims for the unicorn status" (dalam bahasa Inggeris). Sinar Daily. Dicapai pada 4 April 2023.
  3. ^ a b c Serimah Mohd Sallehuddin (3 Disember 2021). "Misi besar Durioo". Berita Harian. Dicapai pada 4 April 2022.
  4. ^ Izzat Aziz (26 November 2021). "Dari Digital Durian Ke Durioo – Ini Adalah Bagaimana Durioo Ingin Menjadi Disney Dan Netflix Untuk Kanak-Kanak Muslim". Aksiz. Dicapai pada 4 April 2023.
  5. ^ Hizam Jaafar (2 Mac 2023). "Baru Berusia Setahun, Nilai Syarikat Penstriman Durioo+ Dilaporkan Sudah Bernilai RM100 Juta". The Vocket. Dicapai pada 11 April 2023.
  6. ^ Muhammad Zakuan Nazaraly (24 Februari 2022). "Durioo+ menawarkan rancangan islamik untuk kanak-kanak". Sinar Harian. Dicapai pada 4 April 2022.
  7. ^ "Delivering High-Quality Content for Muslim Children, Durioo Launches its Global Islamic-Themed Streaming Platform" (dalam bahasa Inggeris). Pressat. 9 Mac 2023. Dicapai pada 11 April 2023.
  8. ^ "Syarikat Penstriman Tempatan, Durioo+ Bakal Hadir Dengan Permainan Video". Games on Duty. 2 Mac 2023. Dicapai pada 11 April 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]