Pergi ke kandungan

Duy Tân

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Maharaja Duy Tân
維新帝
Maharaja Đại Nam di bawah lindungan Perancis di Annam dan Tonkin
Pemerintahan5 September 1907 – 6 Mei 1916
Didahului olehThành Thái
Diikuti olehKhải Định
Maharaja Nguyễn
Pemerintahan5 September 1907 – 6 Mei 1916
Didahului olehThành Thái
Diikuti olehKhải Định
Keputeraan(1900-09-19)19 September 1900
Kota Imperial Huế, Indochina Perancis
Kemangkatan26 Disember 1945(1945-12-26) (umur 45)
Lobaye, Ubangi-Shari, Afrika Khatulistiwa Perancis
PemakamanAn Lăng
PasanganPermaisuri Mulia Diraja Mai Thị Vàng
Marie Anne Viale
Fermande Antier
Ernestine Yvette Maillot
AnakandaArmand Viale
Thérèse Vĩnh San
Rita Suzy Georgette Vĩnh San
Guy Georges Vĩnh San
Yves Claude Vĩnh San
Joseph Roger Vĩnh San
Nama penuh
Nguyễn Phúc Vĩnh San (阮福永珊)
Nguyễn Phúc Hoàng (阮福晃)
Tarikh zaman name and 
Duy Tân (維新): 1907–1916
KerabatNguyễn Phúc
AyahandaThành Thái
BondaGundik Nguyễn Thị Định
AgamaBuddhisme
StandardTandatangan Maharaja Duy Tân 維新帝

Maharaja Duy Tân (Hanoi: [zwi˧ tən˧], Templat:Lang-vi-hantu, harf. "renovasi";[1] 19 September 1900 – 26 Disember 1945), lahir Nguyễn Phúc Vĩnh San, ialah Maharaja Dinasti Nguyễn kesebelas di Vietnam, yang memerintah selama sembilan tahun dari 1907 hingga 1916.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Duy Tân (pada masa itu dikenali dengan nama kelahirannya, Putera Nguyễn Phúc Vĩnh San) ialah putera kepada Maharaja Thành Thái. Disebabkan penentangan Thành Thái terhadap pemerintahan Perancis serta tingkah lakunya yang tidak menentu dan dianggap amoral (yang sesetengah pihak menyangka berpura-pura untuk menutup penentangannya daripada pihak Perancis), Thành Thái diisytiharkan gila dan dibuang negeri ke Vũng Tàu pada tahun 1907.

Pihak Perancis kemudian memutuskan untuk menyerahkan takhta kepada puteranya, Nguyễn Phúc Vĩnh San, walaupun baginda ketika itu baru berusia tujuh tahun. Tujuan Perancis adalah agar seorang kanak-kanak sebegitu muda mudah dipengaruhi dan dikawal, serta dibesarkan untuk menjadi pro-Perancis.

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Usaha pihak Perancis untuk menaikkan putera itu agar menyokong mereka sebahagian besarnya gagal. Nguyễn Phúc Vĩnh San ditabalkan sebagai Maharaja Vietnam dengan nama pemerintah Duy Tân, yang bermaksud "sahabat pembaharuan", tetapi lama-kelamaan baginda ternyata tidak mampu menepati maksud nama tersebut. Semasa baginda membesar, baginda menyedari bahawa walaupun diperlakukan sebagai maharaja, pihak berkuasa kolonial yang sebenarnya memerintah dan harus dipatuhi.

Semasa remaja, Maharaja Duy Tân berada di bawah pengaruh mandarin Trần Cao Vân, yang sangat menentang pentadbiran kolonial Perancis. Baginda mula merancang pemberontakan rahsia bersama Trần Cao Vân dan pengikut lain untuk menumbangkan pemerintahan Perancis.

Pada tahun 1916, ketika Perancis sibuk dengan Perang Dunia Pertama, Maharaja Duy Tân diseludup keluar dari Kota Larangan bersama Trần Cao Vân untuk menyeru rakyat bangkit menentang Perancis. Bagaimanapun, rancangan rahsia itu terbongkar, dan Perancis segera menghantar tentera ke sana. Setelah hanya beberapa hari, mereka dikhianati dan ditangkap oleh pihak berkuasa Perancis.

Oleh kerana usianya yang muda dan bagi mengelakkan keadaan yang lebih buruk, Maharaja Duy Tân digulingkan dan dibuang negeri daripada dibunuh. Sebaliknya, Trần Cao Vân dan semua perancang revolusi yang lain dihukum pancung.

Kehidupan dalam buangan

[sunting | sunting sumber]

Bekas maharaja itu dibuang negeri bersama ayahandanya, Thành Thái ke Pulau Réunion di Lautan Hindi. Putera Vĩnh San terus menyokong kemerdekaan Vietnam walaupun dalam buangan.

Semasa Perang Dunia Kedua, beliau menentang Rejim Vichy Perancis sehingga Pembebasan La Réunion. Selepas itu, baginda menyertai Tentera Perancis Bebas dan berkhidmat sebagai pegawai tentera laut berpangkat rendah di kapal pemusnah Perancis Léopard, bertugas sebagai pegawai radio. Beliau kemudiannya menyertai Tentera Darat Perancis Bebas sebagai leftenan muda pada Disember 1942, menerima kenaikan pangkat berturutan kepada leftenan (1943), kapten (1944), mejar (Julai 1945) dan leftenan kolonel (September 1945).

Pada akhir 1945, Perancis menguasai kembali kawalan ke atas Indochina Perancis dan mencari alternatif politik kepada Viet Minh yang komunis, selepas penurunan takhta Maharaja Bảo Đại. Pemimpin Perancis, Charles de Gaulle berbincang dengan Putera Vĩnh San, yang masih sangat popular dalam ingatan rakyat Vietnam kerana patriotismenya, mengenai kemungkinan beliau kembali ke Vietnam sebagai Maharaja.

Bagaimanapun, bekas maharaja itu mangkat dalam nahas kapal terbang di Afrika Tengah ketika dalam perjalanan pulang ke Vietnam pada 1945, dan harapan besar ramai pihak pupus bersamanya, sebagai cabaran patriotik terhadap Hồ Chí Minh.[2]

Bagi menghargai perkhidmatannya semasa perang, Perancis menganugerahkan secara anumerta kepada beliau Grand Cross of the Legion of Honour dan Médaille de la Résistance, serta melantik beliau sebagai Ordre de la Libération.

Pengebumian semula

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1987, puteranya, Putera Bảo Vàng bersama keluarga diraja Vietnam, mengiringi jenazah bapanya yang dipindahkan dari Afrika dan dibawa pulang ke Vietnam dalam sebuah upacara tradisional untuk dikebumikan di makam datuknya, Maharaja Dục Đức.[3]

Pada tahun 2001, Putera Bảo Vàng menulis sebuah buku bertajuk Duy Tân, Empereur d'Annam 1900–1945, mengenai kehidupan ayahandanya.[4] Most cities in Vietnam have named major streets after him.[5]

Kebanyakan bandar di Vietnam menamakan jalan-jalan utama sempena nama Duy Tân.

Isteri dan anak-anak
  • Isteri pertama: Mai Thị Vàng (1899–1980)
  • Isteri kedua: Marie Anne Viale (lahir 1890)
    • Armand Viale (lahir 1919)
  • Isteri ketiga: Fernande Antier (lahir 1913)
    • Thérèse (1928–1928)
    • Rita Suzy Georgette Vinh-San (1929–2020)
    • Solange (1930–1930)
    • Guy Georges Vinh-San (lahir 1933)
    • Yves Claude Vinh-San (1934–2016)
    • Joseph Roger Vinh-San (lahir 1938)
    • Ginette (1940–1940)
  • Isteri keempat: Ernestine Yvette Maillot (lahir 1924)
    • Andrée Maillot Vinh-San (1945–2011)
  1. ^ Derived from Book of Documents: "those who have long been stained by their filthy manners will be allowed to renovate themselves" (舊染污俗 咸與維新, translated by James Legge)
  2. ^ David G. Marr Vietnam: State, War, and Revolution (1945–1946) 2013 p615 "From September 1945, de Gaulle had considered the idea of touring Indochina following a triumphant Show of force, accompanied by Prince Vĩnh San, the former boy Emperor Duy Tân .. "
  3. ^ CÉRÉMONIE D’INHUMATION A HUE  Viet Nam at vinhsan.free.fr
  4. ^ Presentation du livre sur l empereur Duy Tan at vinhsan.free.fr
  5. ^ Vietnam Country Map. Periplus Travel Maps. 2002–2003. ISBN 0-7946-0070-0.
Duy Tân
Tarikh keputeraan: 1899 Tarikh kemangkatan: 1945
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Thành Thái
Maharaja Vietnam
1907–16
Diikuti oleh:
Khải Định