Dyana Sofya Mohd Daud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dyana Sofya Mohd Daud
ديان سوفيا محمد داود
Dyanasofya02.jpg
Butiran peribadi
Lahir (1987-12-29) 29 Disember 1987 (umur 31)
Ipoh, Perak, Malaysia[1]
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP)[2]
PasanganZairil Khir Johari (k. 2018)
Alma materUniversiti Teknologi Mara (UiTM)
PekerjaanSetiausaha Politik Lim Kit Siang
ProfesionPeguam

Dyana Sofya binti Mohd Daud (Jawi: ديان سوفيا محمد داود; lahir 29 Disember 1987) merupakan seorang peguam dan ahli politik Malaysia dan setiausaha politik kepada Ahli Parlimen dan bekas pemimpin DAP, Lim Kit Siang. Dyana juga merupakan seorang kolumnis untuk The Malay Mail Online.[3] Beliau juga pernah menulis buku bertajuk Di Sini Bermula yang mengandungi kompilasi artikelnya yang ditulis untuk The Malay Mail Online.[4]

Selepas pulang dari United Kingdom pada 2016, Dyana menjadi rakan kongsi di Ayub & Co, firma guaman yang berpangkalan di Shah Alam, Selangor. Dyana berkahwin dengan ahli politik dan Exco Pulau Pinang Zairil Khir Johari.[5]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dyana memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).[1][6]

Selain itu, beliau juga menamatkan pengajian lepasan ijazahnya di Pengajian Oriental dan Afrika, Universiti London,[7] di mana beliau memperoleh Ijazah Seni dengan merit dalam kajian antarabangsa dan diplomasi.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Kemasukan dalam politik[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 2012, Dyana menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan kemudiannya dipilih ke jawatankuasa eksekutif Pemuda DAP Perak. Semasa Pilihan raya umum Malaysia 2013, Dyana dilihat aktif berkempen untuk penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk kerusi parlimen Gelang Patah, Johor.

Pilihan raya kecil Teluk Intan 2014[sunting | sunting sumber]

Susulan kekosongan kerusi parlimen Teluk Intan berikutan kematian ahli parlimen, Seah Leong Peng, Dyana telah dicalonkan sebagai calon DAP untuk Pilihan raya kecil Teluk Intan 2014 dimana kemenangan akan menjadikannya Ahli Parlimen wanita Melayu DAP pertama.[8] Walau bagaimanapun, beliau kalah dengan tipis kepada ahli politik veteran, Mah Siew Keong.[9]

Parlimen Malaysia: P076 Teluk Intan, Perak[10]
Tahun Pembangkang Undi Pct Kerajaan Undi Pct Buang undi Keluar mengundi
2014 Dyana Sofya (DAP) 19,919 49.70% Mah Siew Keong (Gerakan) 20,157 50.30% 40,668 67.39%

Pasca Pilihan raya kecil Teluk Intan 2014[sunting | sunting sumber]

Selepas kekalahannya, Dyana kekal di Teluk Intan yang bertindak sebagai Ketua Pengerusi Pusat Komuniti Teluk Intan DAP, yang mengendalikan pusat khidmat masyarakat dengan wakil rakyat Pasir Bedamar Terence Naidu.[11] Beliau juga dilantik sebagai ahli jawatankuasa negeri dan jawatankuasa eksekutif DAP Perak di sayap Pemuda DAP Kebangsaan.[12]

Beliau memulakan Larian Warna Teluk Intan, acara pertama seumpamanya di Teluk Intan yang telah menjadi mercu tanda tahunan yang menarik 800-1000 peserta setiap tahun. Menurut Dyana, larian itu dimaksudkan untuk meraikan kepelbagaian, di mana "tidak kira apa warna kita... kita semua menuju ke garis penamat yang sama."[13]

Pada tahun 2015, Dyana juga bertanggungjawab melancarkan pemacu derma RM10 bagi mengumpul dana untuk jeti nelayan baru di Kampung Esso.[14] Berikutan kejayaan kempen itu, beliau melancarkan derma yang sama untuk jeti nelayan di Kampung Belakang Kilang Padi di Sungai Perak.[15]

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2015, Dyana dipilih oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat untuk mengambil bahagian dalam Program Kepimpinan Pelawat Antarabangsa, iaitu sebuah program pertukaran profesional utama yang membolehkan para pemimpin asing semasa yang sedang membangun dan muncul untuk melawat Amerika Syarikat untuk membangunkan rangkaian dengan rakan-rakan Amerika mereka. Kemudian pada tahun yang sama, beliau telah dipilih oleh Jabatan Luar Negeri dan Perdagangan Australia bagi menyertai Program Pertukaran Muslim Australia-Malaysia.

Pada tahun yang sama juga, beliau muncul dalam majalah Marie Claire sebagai personaliti wanita Malaysia yang terkemuka bagi menyokong kempen Marie Claire Wake Up to a Good Cause.[16] Kempen ini bertujuan untuk menyokong Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dalam penderaan terhadap wanita.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]