E-usrah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Usrah umumnya berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud keluarga tetapi secara khususnya usrah sinonim dengan kumpulan atau individu Mukmin yang saling berusaha dan tolong-menolong untuk memahami dan menghayati Islam. Usrah bukan majlis ilmu semata-mata tetapi majlis mendidik diri dan membentuk diri menjadi individu Muslim yang sempurna daripada pelbagai aspek. Majlis usrah dipandu oleh naqib/naqibah iaitu mentor atau pembimbing dengan silibus tertentu dan disusuli dengan program-program tambahan iaitu ziarah ukhwah dan latihan. Usrah juga bukanlah program semata-mata tetapi mempunyai nilai tersendiri kerana jalinan ukhwah yang terbina sehingga digambarkan majlis usrah seolah-olah hanya bermula selepas tasbih kaffarah dan ditutup dengan surah al-Fatihah yang menggambarkan roh usrah berpanjangan merangkumi kehidupan itu sendiri.

Apabila usrah digabungkan dengan E iaitu elektronik maka boleh diberi maksud sistem didikan Islami yang menggunakan aplikasi elektronik untuk menyokong proses belajar dan mengajar dengan media Internet dan aplikasi teknologi sebagai medium didikan tersebut.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik. Rujuk http://e-usrah.com/tentang-eusrah/pengenalan-e-usrah