Hypp Inspirasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari EC Inspirasi)
Slogan#ohsemwei
Ketersediaan
IPTV
Unifi TVSaluran 118 (HD)
Media penstriman
Unifi TVPenstriman langsung
(Malaysia sahaja)

Inspirasi (dahulunya dikenali sebagai EC Inspirasi dan HyppInspirasi HD) merupakan sebuah saluran televisyen milik bersama Unifi TV dan Homegrown Productions yang memfokuskan kepada golongan belia, juga sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga. Rancangan-rancangan saluran Inspirasi terdiri daripada pelbagai genre muzik, kesenian, gaya hidup, hiburan, travelog, dan komedi. Ia disiarkan 24 jam sehari dengan 14 jam rancangan baharu setiap minggu.

Pada 1 September 2015, EC Inspirasi telah bertukar nama kepada HyppInspirasi secara rasmi dalam format HD. Saluran ini yang sebelumnya bersiaran secara percuma telah beralih ke saluran premium dan para pelanggan perlu melanggan Pek Aneka atau secara à la carte untuk terus menonton saluran ini.[1]

Pada 1 September 2022, HyppInspirasi HD kini dijenamakan sebagai Inspirasi.

Rancangan TV[sunting | sunting sumber]

Antara rancangan yang terdapat dalam saluran ini ialah Dapur Bujang, The Gear Show, Homegrown Fresh Tunes, KLTV, Jom Wayang, The Art Gallery, We Don't Stop (Dokumentari Hip-Hop), The Gig Show, The Homegrown Show dan Breakfast Lunch Dinner.

  • Dapur Bujang merupakan rancangan memasak yang menampilkan Fendi (Balas Raja Lawak) sebagai tukang masak. Beliau akan memasak dua hidangan dalam satu episod. Setiap episod, Fendi diberikan modal RM10 sahaja. Masakan yang dimasak bukan calang-calang hidangan walaupun hanya bermodalkan RM10!
  • The Gear Show adalah rancangan untuk golongan yang bergiat aktif dalam bidang muzik. Setiap episod akan menampilkan beberapa anggota kumpulan daripada kugiran-kugiran tempatan untuk menunjukkan peralatan yang mereka gunakan untuk membuat persembahan atau membuat rakaman audio.
  • Homegrown Fresh Tunes juga merupakan rancangan muzik. Rancangan ini menampilkan kugiran tempatan yang baharu untuk diketengahkan dalam industri muzik tanah air.
  • KLTV adalah sebuah rancangan hiburan. KLTV akan ke acara-acara artis tempatan, ada juga segmen Hot Social Trending, juga segmen KL Style. Hot Social Trending akan membincangkan tentang hal-hal berkaitan topik yang hangat di laman sosial Twitter, YouTube mahupun Facebook. KL Style akan menampilkan artis tempatan memperagakan fesyen masing-masing.
  • Jom Wayang adalah rancangan televisyen pertama Malaysia yang membincangkan tentang filem-filem baharu dan juga filem-filem sukaramai sepanjang masa.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ unifi TV : HyppInspirasi di Aneka Pack, YouTube, 21 September 2015.