EO6

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

EO6 merujuk kepada penahanan 6 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) selama 28 hari pada Julai 2011. Mereka ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) dan bukan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagaimana selalunya.Mereka ditahan kerana hennak halang penyertaan mereka dalam himpunan aman Bersih 2.0 anjuran Bersih di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011. EO6 terdiri daripada Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar, anggota jawatankuasa PSM pusat, Choo Chon Kai, M. Sukumaran, Timbalan Pengerusi PSM, M Sarasvathy, Setiausaha Bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu.

Penahanan[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya mereka ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis mendakwa mereka sebagai penggerak utama Bersih 2.0. Permohonan habeaus corpus itu bagaimanapun ditangguhkan kepada 5 Ogos 2011, lima hari selepas tahanan 30 hari mereka berakhir tetapi polis berhak melanjutkannya selama 30 hari lagi.

Usaha pembebasan[sunting | sunting sumber]

Pelbagai usaha dilakukan agar 6 aktivis itu dibebaskan. Antaranya ialah permohonan afidavid habeas corpus dan mogok lapar di dalam tahanan polis. Selain itu perhimpunan dan vigil (nyalaan lilin) di beberapa tempat termasuk di hadapan Balai Polis Bukit Aman.

Selepas ditahan selama 28 hari, akhirnya mereka dibebaskan pada 29 Julai 2011 jam 5.30 petang. Pembebasan mereka disambut dan diraikan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Wilayah Persekutuan (KLSCAH).Turut hadir ialah peguam, Edmund Bond dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Laungan ‘Hidup-hidup, Hidup Rakyat’ bergema di dalam dewan. Vigil terus diadakan bagi memperingati Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbaini yang meninggal dunia ketika dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam reaksi berkaitan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyatakan tindakan lanjut akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]