ERA Digital Muzik Awards

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
ERA Digital Muzik Awards
Anugerah semasa:
ERA Digital Muzik Awards 2020
PenghargaanMengiktiraf bakat tempatan menerusi penggunaan media sosial dan platform digital.
NegaraMalaysia
Disampaikan olehERA
Anugerah pertama18 Januari 2017
Laman web rasmiedma.era.fm

ERA Digital Muzik Awards (secara rasmi disingkat sebagai EDMA) ialah anugerah hiburan tahunan yang dianjurkan oleh stesen radio ERA.[1] Pertama kali dianjurkan pada 2017, anugerah ini mengiktiraf bakat artis tempatan yang menggunakan media sosial dan platform digital untuk melangkah lebih jauh dan mengembangkan bakat mereka dalam industri hiburan tanah air.[2] EDMA telah diiktiraf sebagai anugerah Malaysia pertama yang menggunakan platform digital sepenuhnya.[3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Tidak seperti kebanyakan majlis anugerah hiburan lain yang disiarkan di televisyen, ERA Digital Muzik Awards tidak disiarkan secara langsung di televisyen, sebaliknya ia disiarkan secara dalam talian di laman Facebook Live ERA.fm sejak penganjuran sulungnya.[4][1]

EDMA memberi peluang kepada warganet untuk menentukan siapakah pemenang bagi setiap kategori kerana anugerah ini tiada penilaian dari sebarang juri profesional. 100% undian dilakukan secara digital melalui laman web rasmi anugerah ini. Idea pengajuran anugerah ini juga tercetus dengan peningkatan jumlah pengguna media sosial di Malaysia.[1]

Senarai penganjuran[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah majlis penganugerahan yang telah berlangsung:

Edisi Tarikh Pengacara Lokasi Ruj.
2016 18 Januari 2017 Nabil Ahmad MaTIC [2]
2017 25 Januari 2018 Galaxy Banquet Hall Sentul [5]
2018 25 Januari 2019 [6]
2019 17 Januari 2020 Battle Arena, Petaling Jaya [7]
2020 27 Januari 2021 Danial, Ray & Isha [8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Dennis Chua (18 Januari 2017). "Era's first ever digital dan social media awards" [Anugerah media sosial dan digital pertama Era] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-20. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  2. ^ a b Budiey (24 Januari 2017). "Sekitar ERA Digital Muzik Awards 2016 Yang Happening". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 20 Mac 2021. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  3. ^ "ERA Digital Muzik Awards Khamis ini di Facebook ERA". Utusan Borneo. 23 Januari 2018. Dicapai pada 20 Mac 2021.
  4. ^ "ERA Digital Muzik Awards 'live' di FB ERA fm, malam ini". Utusan Borneo. 18 Januari 2017. Dicapai pada 20 Mac 2021.
  5. ^ "ERA Digital Muzik Awards 2017: Permulaan baik tahun 2018, Wany Hasrita raih tiga anugerah". Astro Gempak. 26 Januari 2018. Dicapai pada 20 Mac 2018.
  6. ^ Kamaruddin Razal (6 Januari 2019). "Lebih hebat, lebih luar biasa... ERA Digital Muzik Awards kembali lagi". Astro Gempak. Dicapai pada 20 Mac 2019.
  7. ^ "ERA Digital Muzik Awards 2019 sendu tetap meriah". Babab.net. 18 Januari 2020. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  8. ^ "EDMA 2020: Pengiktirafan kepada penyanyi". Majalah WM. 25 Januari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-20. Dicapai pada 20 Mac 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]