EXO

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari EXO (kumpulan muzik))
Lompat ke: pandu arah, cari
EXO
Exo 2012.jpg
EXO di Singapura pada November 2012
Latar belakang
Berasal dari Seoul, Korea Selatan
Genre Pop, R&B, tarian, elektronik
Tahun aktif 2011–kini
Label SM Entertainment
Kegiatan berkait Exo-K, Exo-M, SM Town, Super Junior, SNSD, TVXQ, Red Velvet, SHINee, f(X)
Laman sesawang exo.smtown.com
Ahli Suho
Xiumin
Lay
Baekhyun
Chen
Chanyeol
D.O.
Kai
Sehun
Bekas ahli Kris, Lu Han, Tao

EXO (Korea: 엑소) merupakan sebuah kumpulan muzik lelaki ChinaKorea Selatan yang ditubuhkan pada 2011 oleh syarikat rakaman SM Entertainment. Pada asal mulanya, kumpulan muzik ini terdiri daripada 12 orang ahli (2012), namun ia semakin berkurangan selepas 3 orang ahli terpaksa meninggalkan kumpulan ini. Kini, cuma 9 orang ahli (2016) sahaja yang tinggal. Mereka dibahagikan kepada dua buah sub-unit iaitu EXO-K dan EXO-M. EXO-K bermaksud EXO Korea iaitu ahli yang berasal daripada Korea seperti Suho, D.O, Baekhyun, Chanyeol, Kai dan Sehun, manakala EXO-M pula EXO Mandarin yang berasal daripada China seperti Kris, Lu Han, Tao dan Lay manakala Xiumin dan Chen merupakan ahli EXO-M tetapi berasal daripada Korea Selatan. Selain itu, mereka mempunyai kelab peminat yang paling teramai di Korea Selatan iaitu lebih kurang 4 juta lebih peminat yang mengundi [1] (pada tahun 2017) dari seluruh dunia dan dikenali sebagai EXO-L yang bermaksud EXO Lover. Nama EXO-K ,EXO-L dan EXO-M secara tidak langsung menjadi nama yang kebetulan mengikuti abjad menurut turutan. Nama 'EXO' diambil daripada sebuah planet di angkasa lepas iaitu exoplanet (planet luar suria).[2] EXO memulakan penampilan sulung rasmi mereka pada 8 April 2012 dengan single "Mama".[3][4] Versi EXO-M untuk lagu tersebut berjaya menduduki tangga teratas dalam carta muzik China dan video muzik versi EXO-K pula berjaya menduduki nombor tujuh dalam Carta Global YouTube.[5] Dua album kumpulan muzik ini iaitu album mini Mama (2012) dan album studio XOXO (2013) merupakan kejayaan besar bagi mereka apabila ia terjual melebihi 152,255 unit di seluruh dunia.[6][7]

EXO sekali lagi menggegarkan dunia hiburan Korea dengan album terbaru mereka iaitu EX'Act pada 8 Jun 2016. EX'Act juga merupakan album EXO yang paling laris sepanjang karier mereka. Pada mulanya SM Entertainment mengeluarkan MV Lucky One. MV Lucky One yang baru dimuat naik di saluran YouTube telah mencecah lebih 3 juta tontonan tidak sampai 24 jam dan tidak lama kemudian MV Monster yang telah mencecah sebanyak 4.8 juta tontonan dalam masa 24 jam. Ini menjadikan mereka ranking No.1 di kebanyakan carta Muzik di Korea dan beberapa negara lain.

Pada 18 Ogos 2016, EXO mengeluarkan lagi album ketiga mereka iaitu Lotto. MV Lotto sekali lagi memecahkan rekod apabila mendapat sebanyak 3 juta tontonan di YouTube dalam masa tidak sampai 24 jam.

Pada 19 Januari 2017, di Stadium Jamsil, Korea Selatan, EXO telah berjaya meraih anugerah di Seoul Music Awards atau lebih dikenali dalam bahasa Melayu 'Anugerah Muzik Seoul' iaitu sebuah anugerah yang akan diberikan kepada penyanyi-penyanyi terhebat di Korea Selatan. EXO telah mencipta rekod apabila telah memenangi empat anugerah selama 4 tahun berturut-turut. Anugerah yang juga dikenali sebagai 'Daesang Award' yang bermaksud 'Anugerah Utama' sejak dari tahun 2014 sehingga ke tahun 2017. Mereka merupakan penyanyi lelaki berkumpulan pertama dan penyanyi berkumpulan pertama yang telah memegang rekod 4 tahun menerima 'Daesang Awards' berturut-turut. Selain itu, mereka telah memenangi 13 anugerah daripada 20 senarai pencalonan di 'Seoul Music Awards'.

Keseluruhan anugerah yang dimenangi oleh EXO dalam keseluruhan acara terbesar ialah sebanyak 122 anugerah daripada 180 senarai pencalonan. Lebih daripada separuh anugerah yang mereka terima daripada jumlah pencalonan. Hal ini membuktikan bahawa mereka bukan calang-calang kumpulan dalam sejarah industri muzik di Korea Selatan.

Awal tahun 2017, kumpulan ini (EXO) telah mengadakan world tour. Pada 27 dan 28 Mei 2017 yang lalu, EXO telah mengadakan sebuah konsert(EXO'rdium Dot) sebagai konsert penutup di Stadium Olimpik Jamsil. EXO menjadi kumpulan kelima membuat persembahan di situ selepas H.O.T, TVXQ malah lagenda pop dunia iaitu Micheal Jackson juga pernah membuat persembahan di sana. Selain itu, penjualan tiket bagi konsert ini amat membanggakan kerana tiket untuk kedua-dua hari konsert habis terjual kurang 15 minit. Konsert ini telah menarik seramai 144,000 orang penonton. Walaupun begitu, masih ramai lagi EXO-L (peminat EXO) yang tidak dapat menghadirkan diri di konset tersebut. Walaupun begitu, EXO-L antarabangsa telah menyediakan makanan untuk diberikan kepada EXO-L yang hadir pada konsert itu untuk kedua-dua hari dan semuanya percuma. Hal ini menunjukan bahawa EXO-L saling bergantung sesama mereka. Berbalik kepada konsert EXOR'dium Dot tadi, dengan penjualan tiket dan bilangan penonton yang amat mengujakan hal ini telah membuktikan bahawa EXO bukan calang-calang boyband dalam industri muzik di dunia. Ditambah lagi dengan sokongan peminat yang memang memberansangkan.

Rancangan TV[sunting | sunting sumber]

  • EXO Showtime (2013)
  • EXO SurpLINEs Tv (2014)
  • V-App Live Broadcasting (2016)

Drama[sunting | sunting sumber]

  • EXO Next Door (2015)

Album[sunting | sunting sumber]

  • MAMA (2012)
  • XOXO (2013)
  • Growl Repackaged Album (2013)
  • Miracles In December (2013)
  • Overdose (2014)
  • EXOLOGY Chapter 1:The Lost Planet (2014)
  • EXOdus (2015)
  • Sing For You (2015)
  • EX'Act (2016)
  • EX'Act 3rd Album (2016) [1]
  • For Life (2016)

Jelajah[sunting | sunting sumber]

Jelajah bersama
Sokongan
Rancangan syarikat
  • SM Town Week: Christmas Wonderland (2013)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Stars count).
  2. ^ "SM introduces new boy group member, KAI". Allkpop (dalam bahasa Inggeris). 22 Disember 2011. Dicapai pada 9 April 2012. 
  3. ^ "SMTOWN releases official footage from Exo's showcase, to officially debut on April 9th with "MAMA"". Allkpop (dalam bahasa Inggeris). 31 Mac 2012. Dicapai pada 24 April 2012. 
  4. ^ "S.M.'s new group Exo releases their new album". Newsen (dalam bahasa Korea). 8 April 2012. Dicapai pada 30 April 2012. 
  5. ^ "EXO-K's Music Video Comes In Seventh on Youtube Chart". Mnet. 9 April 2012. Dicapai pada 13 April 2012. 
  6. ^ rocojulie (18 Jun 2012). "EXO-K finishes up 'Mama' promotions as top new group of the year". Soompi. Dicapai pada 1 Julai 2013. 
  7. ^ carolicity (30 Mei 2013). "Pre-orders for EXO's first album 'XOXO' about to reach 300,000 copies" (dalam bahasa Inggeris). Allkpop. Dicapai pada 1 Julai 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]