Pergi ke kandungan

Ean Yong Hian Wah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

YBhg Tuan Ean Yong Hian Wah (lahir 1979) adalah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau merupakan mantan ADUN Seri Kembangan selama tiga penggal (2008-2023) dan mantan EXCO Selangor (2008-2018).

Ybhg Tuan
Ean Yong Hian Wah
Naib Pengerusi
Parti Tindakan Demokratik
Selangor
Menyandang jawatan
10 November 2024
Berkhidmat with Ng Suee Lim
Pengerusi DAP SelangorNg Sze Han
Ahli Dewan Negeri Selangor
bagi Seri Kembangan
Dalam jawatan
2008–2023
Didahului oleh Liew Yuen Keong
Digantikan oleh Wong Siew Ki
Majoriti31,145 (PRU-14)
22,078 (PRU-13)
7,244 (PRU-12)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Dalam jawatan
2008–2018
Menteri Besar SelangorAbdul Khalid Ibrahim (2008-2014)
Mohamed Azmin Ali (2014-2018)
PortfolioKerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru (2014-2018)
Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram (2008-2014)
Didahului olehTeng Chang Khim (Kerajaan Tempatan)
Digantikan olehNg Sze Han (Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Kampung Baru)
Maklumat peribadi
Lahir1979 (46 tahun)
Parti politik Parti Tindakan Demokratik

Isu dan kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Cedera akibat ditumbuk

[sunting | sunting sumber]

Pada 6 April 2012, kira-kira jam 12.10 pagi ketika beliau baru selesai menghadiri perbincangan dan makan malam di restoran Jalan Sekolah, Kampung Baru Seri Kembangan, beliau cedera ditumbuk, dipercayai oleh dua lelaki selepas selesai makan di sebuah restoran itu berada di dalam lingkungan Seri Kembangan, Selangor. Difahamkan beliau mengenali lelaki yang menumbuknya dan insiden berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan tindakan kerajaan Selangor memindahkan peniaga-peniaga pasar Seri Kembangan yang mana peniaga berkenaan dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memindahkan penjaja haram pasar lama Seri Kembangan yang ditempatkan semula di pasar rakyat Jalan SK 6/1.[1]

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]
Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2018 Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah PH (DAP) 34,659 Chang Tooh Woh BN (MCA) 3,514 31,145
2013 Ean Yong Hian Wah DAP 27,406 Chin Toong Kang BN (MCA) 5,328 22,078
2008 Ean Yong Hian Wah DAP 15,841 Liew Yuen Keong BN (MCA) 8,597 7,244
Wong Kok Yew BEBAS 294

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]