Ebi Kornelis @ Firdaus bin Yaimal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ebi Kornelis)
Jump to navigation Jump to search
Ebi
Nama lahirEbi Kornelis @ Firdaus bin Yaimal
Juga dikenali sebagai
Ebi
Kelahiran (1983-11-14) 14 November 1983 (umur 35)
Kota Kinabalu, Sabah.
Berasal dari Malaysia
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Kegiatan berkaitan
Akademi Fantasia musim kelima


Ebi Kornelis @ Firdaus bin Yaimal atau lebih dikenali sebagai Ebi (lahir 14 November 1983) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim kelima. Beliau berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.


Penglibatan dalam Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Ebi diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim kelima dan beliau adalah salah seorang daripada enam belas calon pelajar yang terpilih untuk memasuki Akademi Fantasia setelah mengharungi berbagai-bagai ujian di setiap peringkat ujibakat yang diadakan.

Beliau juga adalah salah seorang pelajar yang berjaya menuju peringkat akhir untuk musim kelima bersama Mila, Aswad, Heliza, dan Candy. Pada 19 Mei 2007, beliau diumumkan menjadi naib juara Akademi Fantasia musim ke-5.


Lagu-lagu di Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan AF yang seterusnya :

  • Konsert Pertama : "Milik Siapakah Gadis Ini" - nyanyian asal oleh Sudirman
  • Konsert Kedua : "Bailamos" - nyanyian asal oleh Enrique Iglesias
  • Konsert Ketiga : "Al-Jannah" - nyanyian asal oleh Mawi
  • Konsert Keempat : "Kasihnya Laila" - nyanyian asal oleh Jinbara
  • Konsert Kelima : "Layu Sebelum Berkembang" - nyanyian asal oleh Broery Marantika
  • Konsert Keenam : "Jujur" - nyanyian asal oleh Radja
  • Konsert Ketujuh : "Berdendang Dalam Tangisan" - nyanyian asal oleh Jamal Abdillah
  • Konsert Kelapan : "Kisah Kau Dan Aku" - nyanyian asal oleh Alleycats
  • Konsert Kesembilan : "Bukan Diriku" - nyanyian asal oleh Samsons
  • Konsert Akhir : "Farhana (Puteri Bumi Kenyalang" - nyanyian asal oleh Jinbara
  • Konsert Akhir : "Sinar Cinta - ciptaan oleh M. Nasir dan lirik oleh Loloq


Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]