Ebit Lew

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ebit Lew
Kelahiran
Lew Yun Pau

(1984-12-21) 21 Disember 1984 (umur 35)
Nama lainEbit Irawan Ibrahim Lew
Pusat pendidikanUniversiti Putra Malaysia (UPM)
PekerjaanPendakwah bebas, personaliti media

Ebit Irawan bin Ibrahim Lew, juga dikenali sebagai Ebit Lew (lahir Lew Yun Pau; 21 Disember 1984) merupakan seorang pendakwah Islam Malaysia berbangsa Cina. Beliau terkenal dengan penampilan berjanggut, berkopiah dan berkurta serta pendekatannya menyantuni masyarakat fakir miskin, golongan terpinggir, remaja, dan golongan LGBTQ+. Beliau juga dikenali dengan seminar motivasi kekeluargaan miliknya, Keluarga Sunnah dan pemilik rangkaian pasar raya Elewsmart.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Ebit Lew dilahirkan di Muadzam Shah, Pahang pada 21 Disember 1984 dengan nama Lew Yun Pau. Beliau merupakan anak ketiga daripada 11 orang adik beradik. Beliau menyertai agama Islam pada usia 12 tahun selepas mengikut rapat mengenai agama itu.[1][2]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan graduan Universiti Putra Malaysia. Sebelum itu, beliau memperoleh pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Ridan, Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah, Pahang, Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru dan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Pahang.[1]

Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Ebit Lew juga dikenali dengan beberapa produk perniagaan. Beliau mempunyai syarikat latihan dan motivasi bernama Transform Training & Consultancy[1] dengan produk yang terkenal iaitu seminar motivasi kekeluargaan Keluarga Sunnah. Selain itu, beliau juga mempunyai jaringan pasar raya Elewsmart yang mula beroperasi pada 18 Julai dengan pembukaan cawangan pertama di Bandar Baru Bangi.[3] Beliau juga mengusahakan produk pakaian di bawah jenama Elew's Design. Selain itu, beliau juga mengusahakan rangkaian kafe restoran di bawah jenama Paramount Coffee House yang beroperasi di tiga cawangan,[4] Bandar Baru Bangi, Putrajaya dan Shah Alam.[perlu rujukan]

Kebajikan[sunting | sunting sumber]

Ebit Lew terkenal kerana kadangkala menjalani aktiviti-aktiviti sumbangan dan kebajikan berskala besar. Ketika gelombang baharu pandemik COVID-19 di Malaysia pada akhir Oktober 2010, Ebit Lew telah menyumbang peralatan perubatan penting bagi kegunaan para pegawai perubatan di Sabah yang terjejas teruk oleh gelombang tersebut pada masa itu yang dihantar dengan sebuah kapal terbang Raya Airlines yang ditempah.[5] Seminggu kemudian, Ebit Lew juga menghantar bekalan makanan sebanyak kira-kira 10 tan daripada kedainya, Elewsmart bagi penduduk Sabah.[6]

Pada 15 November, Ebit Lew menghantar sumbangan kira-kira 200 kilogram daging lembu dan 500 kilogram buah-buahan serta sayuran terhadap pihak Zoo Negara yang terjejas dengan masalah kewangan yang menjadi ketara akibat pandemik COVID-19.[7] Tindakan ini juga membangkitkan semula isu kewangan Zoo Negara yang berlanjutan sejak sekian lama dalam kalangan rakyat negara.[8]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Ebit Lew pernah menerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M. Selain itu, beliau pernah menjadi Penceramah Motivasi/Perunding Latihan di Excel Training di bawah bimbingan Dato’ Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah dan Profesor Hanim Tahir selama 4 tahun. Beliau juga merupakan penceramah slot motivasi pagi, Slot Islam Agamaku, Islam Itu Indah, Usrah Nurani dan lain-lain di radio IKIM dan Sinar.[1]

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Ebit Lew banyak menulis mengenai tema hati dan kekeluargaan.

  • Ebit Lew (2018). 11 Amalan Memiliki Kekayaan. Transform Publication. ISBN 9789671155547.
  • Ebit Lew (2016). Isteriku Bidadari. Transform Publication. ISBN 9789671155530.
  • Ebit Lew (2016). Saya Cuma Posmen. Karya Bestari. ISBN 9789678606813.
  • Ebit Lew; Rahman Lew (2015). Menelusuri Cinta. Transform Publication. ISBN 9789671155523.
  • Ebit Lew; Rahman Lew (2014). Perjalanan Hidayah Umat. Transform Publication. ISBN 9789671155516.
  • Ebit Lew (2012). Tangisan Umat. Transform Publications Sdn. Bhd. ISBN 9789671155509.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-BH 2019[9]
    • Tempat kedua bagi kategori bukan cereka, menerusi buku 11 Amalan Memiliki Kekayaan.
  • Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Athirah Hanapiah (24 April 2020). "Mula Masuk Islam Sejak Umur 12 Tahun, Ini Biodata Lengkap Pendakwah Bebas, Ustaz Ebit Lew". Says. Diarkib daripada yang asal pada 22 Julai 2020. Dicapai pada 22 Julai 2020.
  2. ^ Wong Chun Wai (3 Mei 2020). "Ustaz in the news". The Star. Dicapai pada 21 Julai 2020.
  3. ^ Mohammad Arif Nizam (18 Julai 2020). "Barang serendah 10 sen, pasar raya Ebit Lew diserbu seawal 6.30 pagi". Malaysia Gazette. Dicapai pada 22 Julai 2020.
  4. ^ Sri Ayu Kartika Amri (28 April 2020). "Pernah dikata bodoh kerana tolong orang - Ebit Lew". myMetro. Diarkib daripada yang asal pada 25 Mei 2020. Dicapai pada 22 Julai 2020.
  5. ^ Lai, Allison (30 Oktober 2020). "Aid for Sabah: RMAF, Preacher Ebit Lew send planeloads of critical supplies" (dalam bahasa Inggeris).
  6. ^ Zikri, Arif (6 November 2020). "After PPE, popular preacher Ebit Lew flies in 10 tonnes of basic food items to aid Sabah".
  7. ^ "Ebit Lew bantu beri makanan untuk haiwan di Zoo Negara". 15 November 2020.
  8. ^ Abu Hassan, Mohd Ridzuan (20 November 2020). "Kerajaan prihatin nasib Zoo Negara". Sinar Harian. Dicapai pada 20 November 2020.
  9. ^ Siti Fatimah Mohamed Anwar; Latifah Arifin (1 Jun 2019). "Karya berunsur agama ungguli Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-BH". Berita Harian. Dicapai pada 22 Julai 2020.
  10. ^ Haspaizi Mohd Zain; Nora Mahpar; Akmal Syazwan Abdul Manaf (24 Disember 2015). "Bekas Mufti Wilayah terima Anugerah Perdana Maulidur Rasul". Berita Harian. Dicapai pada 22 Julai 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]