Pergi ke kandungan

Echo Night

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Echo Night
PembangunFrom Software
Penerbit
PengarahAkinori Kaneko
PengeluarToshifumi Nabeshima
PerekaSakumi Watanabe
PenulisToshifumi Nabeshima
KomposerTsukasa Saitoh
Kota Hoshino
SiriEcho Night
PlatformPlayStation, PlayStation Network
PelepasanPlayStation
  • JP: 13 Ogos 1998
  • NA: 30 Ogos 1999[1]
PlayStation Network
GenrePengembaraan diri-pertama
Seram survival
ModPemain tunggal

Echo Night (エコー ナイト, Ekō Naito) adalah permainan video pengembaraan 1998 yang dibangunkan oleh From Software untuk PlayStation.[3] Ia dikeluarkan di Jepun pada 1998 dan di Amerika Utara pada 1999. Ini adalah permainan pertama dalam siri Echo Night, setelah Echo Night 2: The Lord of Nightmares eksklusif di Jepun pada 1999, dan Echo Night: Beyond pada 2004.

Cerita ini berkisar mengenai Richard Osmond, protagonis permainan dan perjalanannya untuk mengetahui apa yang berlaku pada kapal Orpheus, yang secara misteri hilang di laut. Cerita ini juga mengungkap misteri mengenai dua batu yang mengandungi semacam kekuatan ghaib.

Echo Night dimainkan dari perspektif diri-pertama. Semasa berhadapan dengan hantu, pemain mesti menyalakan lampu di dalam bilik dengan menggunakan suis lampu. Pemain sering dibawa ke masa lampau melalui lembaga atau objek tertentu. Setelah pemain memenuhi tugas yang penting, roh lembaga akan lenyap dan menjatuhkan "Astral Piece" yang boleh digunakan untuk mendapatkan babak penamat yang berbeza.

Richard Osmond, seorang lelaki berumur 25 tahun melawat rumah ayahnya yang dilaporkan telah terjadi suatu peristiwa yang misteri. Kehilangan ayahnya, Henry Osmond, menimbulkan tanda tanya yang menjurus Richard untuk memeriksa rumah berkenaan. Setelah memeriksa objek dan barang yang ada di lantai, Richard dimasukkan ke dalam sebuah imbas kembali tentang kisah ayahnya yang mengejar seorang lelaki tua bernama William Rockwell, yang memiliki sebuah pisau yang diukir dengan 'Red Stone' (Batu Merah). Richard kemudian memandang kepada sebuah lukisan, di dalam lukisan berkenaan ialah kapal 'Orpheus', yang dikatakan hilang di dalam sebuah ribut. Richard kemudian 'ditarik' ke dalam alam lukisan berkenaan dan dari sini dia memulakan pengembaraan dalam mencari kebenaraan mengenai ayahnya serta misteri 'Red Stone'.

Penerimaan

[sunting | sunting sumber]
Penerimaan
Markah agregat
PengagregatMarkah
GameRankings64%[4]
Markah ulasan
PenerbitanMarkah
Electronic Gaming Monthly6/10[5]
Famitsu32/40[3]
Game Informer6.75/10[6]
Game RevolutionC−[7]
GameSpot4.2/10[8]
IGN8/10[1]
Official PlayStation Magazine (US)3/5 bintang[9]
PlayStation Magazine4/5 bintang[10]

Permainan ini menerima ulasan "bercampur" menurut laman sesawang agregator ulasan GameRankings.[4]

Majalah permainan Jepun Famitsu memberikan permainan skor 32 daripada 40.[3]

  1. ^ a b Everingham, Max (7 September 1999). "Echo Night" (dalam bahasa Inggeris). IGN. Dicapai pada 12 November 2016.
  2. ^ Clements, Ryan (15 Mac 2015). "The Drop: New PlayStation Games for 3/17/2015" (dalam bahasa Inggeris). PlayStation Blog.
  3. ^ a b c "エコーナイト#2 眠りの支配者 [PS] / ファミ通.com". www.famitsu.com (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 25 Ogos 2018.
  4. ^ a b "Echo Night for PlayStation" (dalam bahasa Inggeris). GameRankings. Dicapai pada 12 November 2016.
  5. ^ "Echo Night". Electronic Gaming Monthly (dalam bahasa Inggeris). 1999.
  6. ^ Fitzloff, Jay (Ogos 1999). "Echo Night". Game Informer (dalam bahasa Inggeris) (76): 65. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2000. Dicapai pada 12 November 2016.
  7. ^ Liu, Johnny (September 1999). "Echo Night Review" (dalam bahasa Inggeris). Game Revolution. Dicapai pada 12 November 2016.
  8. ^ Stahl, Ben (2 Ogos 1999). "Echo Night Review" (dalam bahasa Inggeris). GameSpot.
  9. ^ "Echo Night". Official U.S. PlayStation Magazine (dalam bahasa Inggeris). 1999.
  10. ^ "Review: Echo Night". PSM (dalam bahasa Inggeris). 1999.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]