Echo Night 2: The Lord of Nightmares

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Echo Night 2: The Lord of Nightmares
PembangunFrom Software
PenerbitFrom Software
PengarahAkinori Kaneko
PengeluarToshifumi Nabeshima
Pengatur caraAkinori Kaneko
ArtisMasahiro Kajita
PenulisToshifumi Nabeshima
Eiji Matsumoto
Hiroyasu Sugiyama
SiriEcho Night
PlatformPlayStation, PlayStation Network
Pelepasan
  • JP: 5 Ogos 1999
PlayStation Network
  • JP: 10 Oktober 2007
GenrePengembaraan diri-pertama
Seram survival
ModPemain tunggal

Echo Night 2: The Lord of Nightmares (Bahasa Jepun: エコーナイト#2 眠りの支配者 Ekōnaito #2 Nemuri no Shihaisha) adalah permainan video pengembaraan diri-pertama 1999 yang dibangunkan dan diterbitkan oleh From Software untuk PlayStation.[1] Ini adalah permainan kedua dalam siri Echo Night, namun permainan tidak berkongsi cerita dan latar belakang dengan pendahulunya walaupun menampilkan watak pemain dengan nama dan umur yang sama dengan protagonis permainan pertama.

Plot[sunting | sunting sumber]

Richard Osmond, 25 tahun, ingin mencari teman wanitanya Christina yang hilang. Bertekad untuk memulakan misinya, Osmond meminta pertolongan dari rakan di perpustakaan untuk memasuki ke perpustakaan pada waktu malam bagi menyiasat misteri kehilangan Christina. Selepas selesai, Osmond kmeudian memandu untuk ke sebuah rumah besar Gothik lama yang menyimpan rahsia disebalik kehilangan Christina yang terpalit dalam sebuah kisah pembunuhan.[2]

Tatamain[sunting | sunting sumber]

Seperti permainan pertama, Echo Night 2 dimainkan dari perspektif diri-pertama, tetapi tidak seperti permainan diri-pertama yang lain, permainan ini tidak ada penggunaan senjata api atau jarak dekat dalam permainan. Semasa berhadapan dengan hantu pemain mesti menyalakan lampu di dalam bilik dengan menggunakan suis lampu. Pemain sering dibawa ke masa lampau melalui orang bayang atau objek tertentu. Setelah pemain memenuhi tugas yang penting untuk mereka, roh akan lenyap dan kemudian menjatuhkan "Astral Piece" yang boleh digunakan untuk mendapatkan pelbagai penamat yang berbeza.

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Permainan ini dikeluarkan untuk Sony PlayStation pada 5 Ogos 1999, dan diterbitkan oleh From Software.[1] Ia dikeluarkan ekslusif di Jepun.[3]

Pada 2007, ia dikeluarkan semula untuk PlayStation Network di Jepun.[4]

Pada 2015, terjemahan peminat dalam bahasa Inggeris dikeluarkan.[5]

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Penerbitan permainan Jepun Famitsu memberikan markah 32 daripada 40.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "エコーナイト#2 眠りの支配者 [PS] / ファミ通.com". www.famitsu.com. Dicapai pada 25 Ogos 2018.
  2. ^ "TGS '99: Tokyo Game Show 1999". Gamer's Republic (dalam bahasa Inggeris) (13): 36. Jun 1999.
  3. ^ "Replay – Echo Night". Game Informer (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-15. Dicapai pada 10 September 2018.
  4. ^ Gantayat, Anoop (10 Oktober 2007). "Sony Doubling Archive Output in Japan". IGN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 September 2018.
  5. ^ "Echo Night #2: Nemuri no Shihaisha". ROMhacking.net (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mac 2018. Dicapai pada 25 Ogos 2018. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]