Ed Osmera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ed Osmera
Ed Osmera.jpg
KelahiranShaikh Osman Shaikh Ibrahim
(1936-01-20)20 Januari 1936
Kampung Bunut Payung, Kota Bharu, Kelantan, Tanah Melayu (kini Malaysia
Meninggal dunia2 Januari 2005(2005-01-02) (umur 68)
Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, Malaysia
Sebab kematianserangan sakit jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Sungai Tua, Batu Caves, Selangor
KediamanKampung Laksamana Batu Caves, Selangor
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPelakon, engarah filem
Tahun aktif1965 - 1994
MajikanMalay Film Productions
Merdeka Film Productions
Ketinggian5"4 kaki
SaudaraSheikh Ahmad Ibrahim (Abang)

Shaikh Osman Shaikh Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ed Osmera merupakan seorang pelakon filem Melayu yang popular pada 1960-an. Beliau mempunyai darah Turki di sebelah bapanya dan Melayu di sebelah ibunya ini. Shaikh Osman Shaikh Ibrahim dilahirkan di Kampung Bunut Payung, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.[1]

Kerjaya Seni[sunting | sunting sumber]

Orang yang banyak bertanggungjawab mengasah bakat Ed Osmera ialah Datuk Jamil Sulong (Pak Jamil), Omar Rojik dan S. Kadarisman (Pak Kadar). Ed Osmera mula berlakon menerusi filem Bidasari (1965) arahan Datuk Jamil Sulong diikuti Lain Jalan Ka-Shorga (1968). Beliau turut berlakon dalam filem Darma Kesuma ( 1967 ) bersama Sarimah. Pak Kadar pula dengan Sri Andalas (1966), dan Omar Rojik untuk filem Panglima Harimau Berantai (1969)[2].

Ed Osmera juga pernah berlakon dalam filem arahan P. Ramlee seperti Sesudah Suboh (1966), Keluarga 69 (1967) dan Doctor Rushdi (1970). Bagaimanapun, Pak Kadar dan Omar adalah orang yang banyak menggilap bakatnya di layar perak. Filem lain di bawah Pak Kadar ialah Kembang Layu (1970), Kudrat (1971), Hutang Darah (1972), Cengkaman Maut (1972),

Bersama Omar Rojik pula, beliau berlakon dalam filem Keranda Jingga (1969), Tuah Badan (1970), Kudrat (1971), Angkara (1972), Semerah Cindai (1973), Puaka (1974)

Beliau juga antara pelakon utama dalam filem arahan pertama Jins Shamsudin iaitu Bukan Salah Ibu Mengandung (1969).

Selain itu, Ed pernah berlakon dalam filem arahan Naz Achnas seperti Asmara Kirana (1971), Bunga Mas (1973) dan Jantina (1974).

Pada tahun 1975, Ed Osmera kembali berlakon dalam filem di bawah arahan M Amin iaitu Pertiwi sebelum berehat dari dunia lakonan hampir enam tahun.

Aziz Sattar mengembalikannya berlakon menerusi filem Prebet Lapok pada tahun 1980. Selepas itu, beliau tampil dalam filem Raja Laut arahan Z Lokman pada tahun 1981. Setahun kemudian, Ed Osmera menjadi pengarah pula dengan filem Ribut Di Hujung Senja (1982). Menerusi filem ini beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik (FFM).

Shaikh Osman Shaikh Ibrahim dikatakan mula mendalami ilmu agama sekitar tahun 70-an selepas diperkenalkan oleh seniman Ahmad Nisfu. Selepas itu beliau mula membabitkan diri dalam ilmu agama secara lebih serius pada 1994 apabila dia mengambil keputusan untuk tidak terbabit dalam bidang seni lakon lagi. Sebelum itu beliau sempat berlakon dalam 3 musim drama bersiri Cili Padi di TV3.

Meninggal Dunia[sunting | sunting sumber]

Allahyarham Shaikh Osman Shaikh Ibrahim (63) menghembuskan nafasnya ketika berehat bersendirian di dalam biliknya pada jam 2 petang di kediamannya di Kampung Laksamana Batu Caves pada tanggal 2 Januari 2005.

Pelakon berkenaan yang berasal dari Kelantan dan tidak pernah berkahwin, tinggal bersama abangnya, Sheikh Ahmad Ibrahim, 64. Allahyarham meninggal dunia dua minggu selepas dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur selepas sebulan menerima rawatan di institut berkenaan.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di kediamannya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tua, Batu Caves, kira-kira jam 7 malam. Turut menziarahi jenazah di kediamannya ialah pengarah filem, Datuk Yusof Haslam dan Yusof Kelana, pelakon M. Rajoli serta wartawan veteran, Aimi Jarr.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Gaya semasa ditemuramah oleh wartawan hiburan
Tahun Tajuk Peranan Catatan
1965 Bidasari Filem pertama
1966 Sri Andalas Tengku Teruna Jaya
Sesudah Suboh Salim
1967 Keluarga 69 Rashid
Darma Kesuma
1968 Lain Jalan Ka-Shorga Azman
1969 Bukan Salah Ibu Mengandung Murad
Keranda Jingga
Panglima Harimau Berantai Andi Ujang
1970 Dr. Rushdi Alimin
Kembang Layu Normala
Tuah Badan Nasir
Asmara Kirana
Pancha Indera Harimau Berantai Andi Ujang
1971 Kudrat
Durjana
1972 Hutang Darah
Cengkaman Maut
Angkara Deraman
1973 Satria Putra
Semerah Cindai Kelana
Bunga Mas
1974 Puaka
Pertiwi
Anak Setan
19--- Jantina
1979 Prebet Lapok Kapten Zulkifli
1982 Raja Laut
Ribut Di Hujung Senja Juga sebagai pengarah

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1993 - 95 Cili Padi TV3
1995 Malam Tujuh Likur Juga sebagai pengarah

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
Malam Hikmah
1994 Jalan Lain Ke Mekah
Sesat Dalam Cahaya

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]