Eddie Van Halen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Eddie Van Halen
Van Halen beraksi di pentas pada 2007
Latar belakang
Nama lahirEdward Lodewijk van Halen
Juga dikenali sebagai
EVH
Kelahiran(1955-01-26)26 Januari 1955
Nijmegen, Belanda
Berasal dariPasadena, California, A.S.
Meninggal duniaOktober 6, 2020(2020-10-06) (umur 65)
Santa Monica, California, A.S.
GenreHard rock, Heavy metal, Pop rock, synth rock
PekerjaanPemuzik
InstrumenGitar, vokal, keyboard
Tahun aktif1964–2020
Syarikat rakaman
Warner Bros.
Pengkarya berkait
Van Halen, Steve Vai, Michael Jackson, Sammy Hagar, Brian May, LL Cool J
Laman sesawang
van-halen.com
Alat muzik terkenal
Frankenstrat
Kramer 5150 Baretta
Charvel VH II
Ernie Ball Music Man EVH model
Peavey EVH Wolfgang
Ibanez "Shark" Destroyer

Edward Lodewijk van Halen (26 Januari 1955 - 6 Oktober 2020) merupakan seorang pemuzik Amerika Syarikat. Beliau ialah gitaris kumpulan rock A.S., Van Halen. Van Halen dikenali sebagai salah seorang pemain gitar elektrik yang memiliki banyak inovasi permainan sehingga namanya dikenali secara meluas. Van Halen sendiri popular di seluruh dunia pada tahun 1980-an.

Beliau dan adiknya, Alex Van Halen, dilahirkan kepada pasangan Jan Van Halen (1920-1986), seorang pemain saksofon Belanda yang memiliki keturunan Sweden, dan Eugenia van Beers (1914-2005), seorang Eropah-Indonesia (Indo), dari Rangkasbitoeng. Keluarganya berhijrah pada tahun 1962 ke Pasadena, California. Di sini bapanya mengajar anaknya bermain piano. Tak lama kemudian mereka beralih ke dram (Eddie) dan gitar (Alex), yang diberikan oleh bapa mereka. Alex, yang lebih suka bermain dram milik Eddie, malah kemudian lebih mahir bermain dram sehingga Eddie beralih mendalami gitar. Mereka berdua mula mengisi kegiatan muzik di sekolah dan pelbagai tempat dengan mengajak beberapa pemuzik lain. Pada masa inilah mereka memutuskan membentuk kumpulan Mammoth. Setelah beberapa kali bekerja sama dengan David Lee Roth mereka memutuskan untuk mengambilnya menjadi vokalis, setelah sebelumnya Eddie mengisi posisi ini. Setelah merekrut Michael Anthony untuk posisi pemain gitar bes, keahlian kumpulan mejadi lengkap ini dan mereka bertukar nama kepada Van Halen pada 1974.

Beliau meninggal pada 6 Oktober 2020 akibat kanser kerongkong yang telah dideritanya selama lebih dari lima tahun.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wolf Van Halen [@WolfVanHalen] (October 6, 2020). "I can't believe I'm having to write this, but my father, Edward Lodewijk Van Halen, has lost his long and arduous battle with cancer this morning. He was the best father I could ever ask for. Every moment I've shared with him on and off stage was a gift. My heart is broken and I don't [think] I'll ever fully recover from this loss. I love you so much, Pop" (Twit) – melalui Twitter.
  2. ^ Appleford, Steve (October 6, 2020). "Eddie Van Halen, grinning guitar god for a rock generation, dies at 65". Los Angeles Times.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]